Saturday, March 15, 2008

pelihara solat dan hak hamba sahaya

assalamualaikum,

alhamdulilah masih sihat dalam nikmat Allah yang tak terkira banyaknya...

Pagi tadi alhamdulilah masih diizinkan Allah untuk bersama-sama solat berjemaah...lepas subuh dengar hadis nabi...

Ketika kekasih Allah itu hampir wafat, baginda sempat meninggalkan beberapa pesanan, antaranya ialah baginda berpesan agar umatnya menjaga solat dan memelihara hak hamba sahaya...Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam...

Marilah kita semua berpegang kepada pesanan nabi yang mulia ini...menjaga solat bermaksud bersolat di awal waktu dengan mematuhi tertib-tertib yang telah ditetapkan...Ikutlah amalan solat nabi iaitu solat secara berjemaah...

memanglah hidup kita yang bekerja ini sibuk...tetapi memelihara solat adalah lebih utama di sisi Allah Azawajala...Cubalah kita berdoa kepada Allah agar memudah urusan kita bersolat dan beribadah...berdoa itu sebagai tanda kita ini hamba yang lemah dan mengharapkan bantuan Allah dalam segala hal...insyallah Allah akan memudahkan kita bersolat di awal waktu dan secara berjemaah...

Allah berfirman di dalam Surah Al-Maun, "Maka celakalah orang yang menunaikan solat (4) iaitu orang-orang yang di dalam solatnya lalai (5)"

Ahli tafsir menerangkan maksud lalai di sini ialah tidak menjaga solatnya iaitu meringan-ringankan solat, tidak khusyuk dalam solat sehingga terlupa bilangan raakaat dan tidak menjaga tertib solat.

Sesiapa yang suka melewat-lewatkan solat tu, cuba-cubalah renung kembali amalan kita...ini tak masuk lagi yang suka solat selaju roket, habis semua toma'ninah dilanggarnya...mmm cara solat masih tak berubah sejak sebelum baligh lagi...

Allah suka hambanya yang berusaha memperbaiki amalan...semoga kita semua termasuk dalam golongan ini...Aminn