Sunday, April 12, 2009

Solat di awal usia...kanak2 menjadi imam di awal usia dan Umur Baligh ikut Mazhab

Kuliah subuh (nota untuk diri sendiri agar tidak lupa jika tidak ditulis),

maksud hadis, "perintahkanlah anak mu untuk solat ketika mencecah usia tujuh tahun" hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhori...

Di riwayatkan bahawa hadis ini disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah balik dari mikraj...dengan kekuasaan ALLAH taala, baginda telah balik semula ke bumi tidak sampai separuh malam pun...(wallah hu alam)...ketika itu terdapat seorang kanak-kanak yang bernama AMR bin SALAMAH yang berusia 7 tahun yang berdampingan dengan Nabi...perintah ini dikeluarkan pada masa tersebut...

Imam Syafie berpendapat jika kanak2 itu sudah berusia 7 tahun, mumaiyiz dan tahu ilmu alquraan, dia boleh menjadi imam di dalam solat sunat dan fardu..so harap kita tak jadikan isu jika ada kanak2 menjadi imam solat fardu...

Maksud hadis lagi " rotanlah anak mu jika tidak bersolat apabila sudah berumur 10 tahun"..menurut ustaz tersebut, suruhan ini sebagai didikan supaya kanak2 di awal usia sudah menyedari bahawa setiap dosa ada balasannya.

Menyentuh perkara Baligh pula:

menurut Mazhab Syafie, apabila lelaki berusia 15 tahun sudah dikatakan baligh walaupun tiada tanda2 seperti perubahan suara.

Mazhab maliki pula 17 tahun dan 18 tahun Mazhab Hanafi...

Bagi wanita pula, ada pendapat mengatakan aurat perlu dijaga bermula berusia 5 tahun....

Wallahu alam...semoga ALLAH beri kefahaman agama...