Tuesday, July 6, 2010

kaitan antara org buat dakwah and terorist

Saja nak share artikel ni...

ringkasannya: Artikel ini menceritakan orang-orang yang buat kerja dakwah kemudian dah tak buat kerja preaching ni sebab tak puas hati dengan apolitical stance, join kumpulan yang lebih radikal. Dah tak buat preaching tapi pegi bom orang awam.

sila ler baca...
http://www.stratfor.com/weekly/tablighi_jamaat_indirect_line_terrorism

Friday, January 22, 2010

Sibuk kerana Allah??.. Masih di Office :(

Henset aku berbunyi...

Ooo Amir Sab (merangkap housemate dan berpangkat adik) yang call...

Assalamualaikum...Tuan di mana?

Waalaikumsalam....Ergh....aku di Office lagi.. jawab aku sambil malu sendiri

Amir Sab di mana?...... tanya aku

Kat surau ni...ramai duduk mesyuarat ni, rakan surau jiran pun ada...jawab Amir Sab dengan excited

Esok jadi ke anta Keluar?... tanya Amir Sab

Insyallah, kalau Allah pilih aku... aku menjawab


Begitulah perbualan ringkas kami...

Waktu selepas maghrib di masjid tempat kerja tadi... aku terfikir..kalau lah aktiviti seharian selama waktu 24 jam dilakarkan pada carta pai, agak-agaknya berapa percent jer atau berapa besar slice masa yg digunakan atau diinfakkan kerana Allah..oohh, jawapannya, hanya satu bahagian slice yg ciput saja ataupun kosong langsung x der...

Pagi tadi dengar taklim, maksud dari sebuah hadis...tidak berganjak kaki anak adam di padang mahsyar setelah ditanya empat perkara, antara soalannya ialah: Usianya/umurnya di mana ia dihabiskan....

Ya Allah...jangan kau exit kan atau terminate aku dari buat usaha agama...aku tahu aku manyak buat dosa...jumpa manusia pun malas malas...

Berkat sibukkan diri buat usaha agama...ada anak muda yang tak solat...dapat datang kepada solat berjemaah..siap nangis nangis lagi...

berkat sibukkan diri buat usaha agama..ada anak muda dapat kekuatan setiap malam tak layan TV....

berkat sibuk buat usaha agama..ada anak muda jadi mamat surau...jaga berjemaah lima waktu di saf pertama..Allahuakbar...

Menurut orang alim...kalu Allah masih sayang sesuatu kaum, akan terdapat segolongan anak muda dalam kaum tu cintakan DIA dan mujahadah kerana DIA...

Aku dah semakin tua....tapi masih belum insaf lagi....Bila lagi lagi aku nak sibukkan diri kerana Allah??? supaya di padang mahsyar nanti, aku boleh.....ohhh

Carta Pie...perlu diubah slice nya...



facebook pengganti blogspot??

emm dah lama x menaip dalam blogspot..

macam2 dah aku lalui dalam tempoh tak sampai setahun ni..

tapi blogspot still releven untuk curahkan idea...

facebook some times too social..aku pun terkesan..

Friday, August 21, 2009

Jodoh...Harta....dan dot dot

Ye lah, jodoh tu ko kene usahakan juga...kata kawan aku...memang betul aku pun dulu ada buat usaha atas jodoh...macam anak-anak muda zaman sekarang ni...hihi..sms sana sms sini...tapi sampai satu tahap...macam rasa bersalah pulak...Ye ler sesetengah girl cepat mengharap...dan sesetengah lelaki susah nak jadi serius.....wallahualam...

Usaha atas harta pulak....bab ni x payah nak cerita...semua orang pandai nak buat benda ni...buat MLM...usahakan ladang...

Tapi ada satu Usaha yg banyak orang missed...termasuk aku...usaha ke atas kematian...maksudnya persediaan untuk mati dan mengadap ilahi...

semoga diberi kekuatan untuk buat usaha ni..

Tuesday, August 11, 2009

Operasi tandas

"kita akan ditugaskan mencuci minggu depan" kata kawan aku minggu lepas..aku segera memintas cakap dia..."kita nak mencuci talam yer" jawab aku sambil tersenyum..."Tak ler...kita akan mencuci tandas"...erk aku terkelu sebentar...uhh mencabar ni...

Ada sebanyak lebih 20 unit tandas perlu dicuci ni...kalu x silap aku ler...sebab aku x pernah kira...emmm teringat kembali zaman sekolah rendah, darjah empat...suatu hari guru besar masuk ke kelas kami...sekolah tu terletak di sebuah kampung di Pahang..."hari ni kamu semua dikehendaki mencuci tandas...murid-murid lelaki cuci tandas lelaki dan murid perempuan cuci tandas perempuan "...begitulah arahan guru besar yang berwajah garang..

oleh sebab dia garang kami pun mencuci tandas sepenuh hati...kawan aku siap pegi kedai guna duit poket sendiri beli serbuk sabun breeze..Yer ler sebab guru besar hanya berikan arahan, tapi baldi dan sabun tidak diberikan...tahun tu pertengahan 80an...time tu sekolah di kampung, murid-murid kene bersihkan halaman luar kelas dan dalam kelas...

berbalik kepada cerita tadi, setelah selesai kami bertungkus lumus membersihkan tandas, kami berpuas hati dengan kebersihan dan baunya yang sewangi Breeze...

Petang tu guru besar panggil aku dan kawan aku masuk bilik dia...ingatkan dia nak puji..."Kamu ni cuci tandas tak bersih, tengok murid perempuan cuci dan wangi"...aku dan kawan tergamam dan konfius...

Bila balik kelas, kawan dan kawan aku merungut...mm..

Bila dah aku dah besar sikit dan boleh berfikir, barulah aku paham...Guru Besar tu dah salah faham dan kami pun dah salah faham...Kami murid lelaki time tu pegi cuci toilet perempuan dan sebaliknya...sebab tandas yang kami cuci time tu tak de mangkuk untuk lelaki kencing berdiri (x senonoh betui, x ikut sunah)..dan tandas yang dicuci oleh murid perempuan ada mangkuk tu..Yer ler kami ni budak kampung mana ler tahu nak beza time tu...hihihihi

Ok berbalik pada masa sekarang...insyallah kalu di izinkan ALLAH aku dan geng janggut yang lain2 akan buat operasi tandas di masjid SP...semoga ego aku berkurangan selepas buat keje ni...
kalu kawan seusaha yang lain nak join main air jom ler...

Monday, July 13, 2009

Ijtima' Malaysia 2009..

Alhamdulilah...Allah beri kesempatan untuk aku hadiri perhimpunan muslim tersebut...

Sepatutnya aku khidmat bahagian nasi...tapi disebabkan kelemahan aku (datang terhegeh2)..so orang lain dah rebut tugas tu...rezeki ko orang..

Banyak pesanan dan ilmu yang aku dapat...point yg paling penting yang aku ingat..."setiap individu umat Nabi Muhammad adalah bertanggungjawab mengajak manusia dekat kepada ALLAH ta'ala..."

memang kelemahan aku tak mampu nak tunaikan hak tersebut dengan sempurna...

ijtimak ni memang beri motivasi untuk memperbaiki lagi amalan...sekarang masanya untuk amalkan dan sampaikan ilmu yg telah diperolehi..

Kejayaan paling besar untuk manusia ialah apabila ALLAH suka pada kita...ohh...semoga Allah beri kekuatan untuk kita bermujahadah untuk sampai tahap disukai ALLAH...

Monday, June 8, 2009

Tiada Cinta...

Bulan ni agak stress sikit...serabut kepala...banyak keje pejabat x siap lagi...nak nangis pulak..huhu...spek mata patah, kene pijak ngan budak kecik waktu solat...ish nak marah x sampai hati pulak....x per ler dik...marah kang ko orang pulak boikot datang surau...

Malam ni second gash x jadi sebab x cukup korum...macam2 betui...ialah cuti sekolah...

Disebabkan x der gash malam ni dan kepala serabut..aku ambil keputusan untuk lepak di ofis dulu...dan menaip blog...

Kenapa sesetengah Girl x boleh terima konsep, tiada percintaan sebelum kahwin....kawan biasa je dulu x bole ker...tiada girlfren @ boifren..lagipun aku x sedia (x mampu) lagi jadi suami orang...huhu

Memang dulu aku penah...ahhh...tu citer dulu..ulama' cakap x elok kita ceritakan kesilapan yang dah kita tinggalkan...

Kali ni rasanya dah berhati2 betul bila berkenalan...x der nak sms kerap sangat atau sms di malam hari...x berjumpa @ menelefon......tapi kenapa Si Dia masih terasa...mungkin salah aku juga...

Teringat ustaz aku cakap....Ni topik lain...Lelaki dibenarkan melihat muka dan tapak tangan wanita yang ingin ditunangkannya...jangan lebih2 tau...

Lelaki itu juga boleh usha dari jauh dengan niat untuk pilih bakal jodoh, bukan skodeng yer...

Dan ustaz tu cakap juga,ada mazhab yg benar kan pihak perempuan melihat badan lelaki yang ingin dijadikan jodoh...erk..mencabar ni...

Apa pun semoga kita semua dikurniakan jodoh dan anak2 yang Qurotul a'yun...