Henset aku berbunyi...
Ooo Amir Sab (merangkap housemate dan berpangkat adik) yang call...
Assalamualaikum...Tuan di mana?
Waalaikumsalam....Ergh....aku di Office lagi.. jawab aku sambil malu sendiri
Amir Sab di mana?...... tanya aku
Kat surau ni...ramai duduk mesyuarat ni, rakan surau jiran pun ada...jawab Amir Sab dengan excited
Esok jadi ke anta Keluar?... tanya Amir Sab
Insyallah, kalau Allah pilih aku... aku menjawab
Begitulah perbualan ringkas kami...
Waktu selepas maghrib di masjid tempat kerja tadi... aku terfikir..kalau lah aktiviti seharian selama waktu 24 jam dilakarkan pada carta pai, agak-agaknya berapa percent jer atau berapa besar slice masa yg digunakan atau diinfakkan kerana Allah..oohh, jawapannya, hanya satu bahagian slice yg ciput saja ataupun kosong langsung x der...
Pagi tadi dengar taklim, maksud dari sebuah hadis...tidak berganjak kaki anak adam di padang mahsyar setelah ditanya empat perkara, antara soalannya ialah: Usianya/umurnya di mana ia dihabiskan....
Ya Allah...jangan kau exit kan atau terminate aku dari buat usaha agama...aku tahu aku manyak buat dosa...jumpa manusia pun malas malas...
Berkat sibukkan diri buat usaha agama...ada anak muda yang tak solat...dapat datang kepada solat berjemaah..siap nangis nangis lagi...
berkat sibukkan diri buat usaha agama..ada anak muda dapat kekuatan setiap malam tak layan TV....
berkat sibuk buat usaha agama..ada anak muda jadi mamat surau...jaga berjemaah lima waktu di saf pertama..Allahuakbar...
Menurut orang alim...kalu Allah masih sayang sesuatu kaum, akan terdapat segolongan anak muda dalam kaum tu cintakan DIA dan mujahadah kerana DIA...
Aku dah semakin tua....tapi masih belum insaf lagi....Bila lagi lagi aku nak sibukkan diri kerana Allah??? supaya di padang mahsyar nanti, aku boleh.....ohhh
Carta Pie...perlu diubah slice nya...
No comments:
Post a Comment