Assalamualaikum,
Saya hanya nak kongsi dengan para pembaca tentang kuliah subuh saya dengar pagi tadi...
Imam muda pagi tadi telah membaca kitab tulisan Imam Nawawi..bertajuk "Taman-Taman Orang yang Bertakwa"...Sebelum itu imam tersebut tealh menyentuh sedikit biografi Imam Nawawi...Nama sebenar beliau ialah Muhyidin dan berasal dari Nawawai iaitu suatu tempat di Iraq (Bahsrah).
Imam Nawawi merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu, diceritakan bahawa beliau mentelaah 12 mata pelajaran setiap hari..beliau juga telah berjaya menghafal seluruh Al-Quran semenjak usia kanak-kanak lagi...Subhanallah...hatinya yang suci dan bersih melayakkan beliau menghafal semenjak kecil lagi...
Imam Nawawi sangat luas ilmu pengetahuan dan kefahaman ugamanya...ini telah melayakkan beliau berijtihad dan membentuk suatu mazahab yang dinamakan Mazhab Imam Nawawi...Namun begitu beliau adalah seorang merendahkan diri, dan dikatakan, beliau juga mengikuti juga mazhab Imam As-Shafie...
Berkenaan tazkirah pagi tadi...Telah disentuh tentang kepentingan ikhlas dalam melakukan ibadah...Maksud sebuah hadis yang telah dibacakan pagi tadi...hadis soheh riwayat imam bukhori: "Allah tidak memandang rupa paras kamu tetapi apa yang ada di dalam hati kamu"
Maha suci Allah, keihklasan memang bukan suatu perkara yang mudah hendak dilaksanakan...macam-macam dugaan...
Tazkirah juga menyentuh mengenai Taqwa....Ijmak ulama telah bersepakat bahawa maksud Taqwa itu ialah Melaksanakan segala suruhan Allah dan Meninggalkan segala larangannya..Amalan yang ikhlas lagi bertaqwa itulah yang paling dekat dengan Allah...semoga kita semua boleh berusaha dan diizinkan Allah mencapai matlamt ini...
Tazkirah juga menyentuh mengenai, qiamulail...terasa diri ini memang ler banyak dosa sebab itu qiamulail susah nak buat, Qiamulail berapa kali setahun buat? mmm...malu nak cakap rasanya...tapi hakikatnya tahun ni x buat lg....lemahnya saya ni...
Imam pagi tadi mengatakan qiamulail itu dilakukan pada 1/3 akhir malam iaitu hampir waktu sahur...Jadi sebelum ni saya salah fahamlah...ingatkan 1/3 dipertengahan malam...
Imam pagi tadi sempat juga menuturkan satu hadis berkenaan satu hadis nabi s.a.w: Solat sunat dua rakkat sebelum solat fajar adalah lebih baik berbanding dengan satu dunia dan seisinya...mmm semoga Allah beri kita kekuatan untuk buat solat sunat tersebut....aminnn
Jumpa lagi next time wasalam
1 comment:
Salam,
Tips yang boleh dicuba untuk bangun qiyam.
1. Sebelum tidur berdoa pada Allah mintak dikejutkan untuk kita nak berqiyam.
2. Insya-Allah, selalunya akan terbangun. Tapi yang jadi masalah, ialah perasaan untuk tidur lagi yang amat800x.
3. Cuba seboleh-boleh lawan mengantuk tu. Ambil wudhu' dulu. Kalau, masih tak larat, duduk sekejap, berzikir sekejap, dan sambung tidur.
4. Malam berikutnya, buat lagi benda yang sama, tapi selepas wudhu' cuba baca qur'an pulak.
5. Kalau bangun tu dah tak mengantuk, bolehla majukan dengan solat2 sunat yang lain.
6. Paling penting yang nak disampaikan kat sini ialah, benda ni kena constant. Bangunlah, sekurang-kurangnya untuk berwudhuk, berzikir atau baca Qura'an dan berdo'a.
7. Kalau dapat do'a dan mengadu pada Allah pada tengah malam tu yang best.
Walluhua'lam
Post a Comment