Wednesday, February 18, 2009

Kejayaan dalam Solat...

Alhamdulilah tadi sempat dengar kuliah zohor kat tempat kerja...sebenarnya kuliah tadi sambungan dari minggu lepas..Ringkasan dari siri kuliah tersebut antaranya menyentuh bab solat...

Anak kepada Hassan Albana, yg juga merupakan seorang syeikul Islam telah menegur bahawa umat islam akan terus lemah selagi solat berjemaah lima waktu di masjid tidak dijaga...

Pernah juga saya terbaca dalam artikel Berita Harian, ulasan seorang penulis bahawa...salah seorang perdana menteri yahudi pernah membuat kenyataan, mereka susah untuk memenangi peperangan di suatu kampung jika jumlah orang solat berjemaah subuh di qoriah itu adalah seramai bilangan jemaah solat jumaat...

Dalam kuliah itu menyentuh, solat berjemaah di masjid antara manfaatnya ialah dapat menyatukan tali silaturahim sesama islam (memang ler masa form one dah belaja kat sekolah, tetapi walaupun rami yg tahu masih ramai lagi yg tak buat)

Walau apapun...bukankah solat berjemaah itu lebih disukai ALLAH....itu lah yg paling penting sekalikan..

Semoga kita semua dapat belaja2 menunaikan solat jemaah di Masjid secara sempurna lima waktu..insyallah..

Banyak Pahalanya...
Bermula Niat di hati nak pergi masjid lagi malaikat dah tulis pahala, ambil wuduk dan bersugi lagi...dapat lagi pahala...bergerak ke masjid dapat pahala...setiap langkah menaikkan darjat,...bila nampak masjid kita berselawat pulak...dapat lagi pahala...masuk masjid sambil baca doa insyallah kita akan dirahmati...niat pulak iktikaf dan x lupa solat sunat...Nampak kan...banyaknya pahala bila pergi ke masjid..Di Masjidlah tempat mula2 turunnya Rahmat ilahi....

semoga Allah menerima amalan kita semua...dan menghadirkan rasa ikhlas dalam hati kita untuk beribadat...Amin...Ya Rabb...

Thursday, February 12, 2009

solat sunat gerhana bulan....

Sebenarnya aku stucked kat ofis ni..mencari satu dokumen...van qif dah nak maghrib woii...arghh...disebabkan aku dan tensen so aku pun bukak blog, baca blog, dan nak taip entry dalam blog sendiri..

...hehehe...cuma nak kongsi sedikit ilmu

Malam Isnin lepas sepatutnya ada 2nd Gash kat route baru...tapi hujan dari mencurah selebat2nya... ALLAH jua yg Maha Mengatur...Hujan pada Qadar atau sukatan yg telah ditetapkannya...

So kami duduk masjid tu sampai isyak...selepas solat isyak imam bangun, dia mengumumkan akan mengadakan solat gerhana bulan... subhanallah, ni first time dalam hidup aku buat solat sunat ni...

secara ringkasnya (sebab dah nak maghrib ni)...Solat sunat gerhana bulan dilakukan 2 rakaat dengan empat kali rukuk....jarang dibuatkan....oleh kerana imam memahami makmum ni ramai orang dah berumur dan aku perasan dah tua...so imam hanya membaca surah2 pendek sahaja...kalu nak ikut cara nabi, baginda membaca lebih kurang 20 surah dan solat tersebut dipanjangkan seolah2 kiamat benar2 hampir terjadi...

selepas solat sunat tersebut khutbah dibacakan...

antara point yg aku ingat, Kejadian gerhana bulan adalah antara tanda2 kebesaran ALLAH...ia juga mengingatkan kita saat berlakunya huru hara ketika kiamat akan terjadi...pada waktu itu bulan akan tidak bercahaya lagi...bulan dan matahari akan bersatu...Ya ALLAH...dahsyat kan bila kiamat terjadi...

semoga kita semua mengambil iktibar dengan peristiwa gerhana bulan atau matahari...insyallah...

masa perjalan pulang ke marhalah kami, brother tu cakap...asbab "keluar" sikit jer ALLAH dah tambahkan ilmu...alhamdulilah...

Monday, February 9, 2009

Pesanan Elders

Entry ini di copy dari http://azharjaafar313.blogspot.com/



Wednesday, February 04, 2009


Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
Tempat dan tujuan ijtimak;
KLIK SINI.(sila pergi blog azharjaafar)


Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.Jemaah Asar - Isyak Jemaah ini perlu dirombak semula
Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.


Perlu hadir malam markas. Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.


Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.

Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.


2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.

3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.

4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.

Untuk itu;
1. Buat kerja dakwah.
2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).

Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.



Nota TambahanSekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis. Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan. Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.

Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru. Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu. Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis. Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!