Sebenarnya aku stucked kat ofis ni..mencari satu dokumen...van qif dah nak maghrib woii...arghh...disebabkan aku dan tensen so aku pun bukak blog, baca blog, dan nak taip entry dalam blog sendiri..
...hehehe...cuma nak kongsi sedikit ilmu
Malam Isnin lepas sepatutnya ada 2nd Gash kat route baru...tapi hujan dari mencurah selebat2nya... ALLAH jua yg Maha Mengatur...Hujan pada Qadar atau sukatan yg telah ditetapkannya...
So kami duduk masjid tu sampai isyak...selepas solat isyak imam bangun, dia mengumumkan akan mengadakan solat gerhana bulan... subhanallah, ni first time dalam hidup aku buat solat sunat ni...
secara ringkasnya (sebab dah nak maghrib ni)...Solat sunat gerhana bulan dilakukan 2 rakaat dengan empat kali rukuk....jarang dibuatkan....oleh kerana imam memahami makmum ni ramai orang dah berumur dan aku perasan dah tua...so imam hanya membaca surah2 pendek sahaja...kalu nak ikut cara nabi, baginda membaca lebih kurang 20 surah dan solat tersebut dipanjangkan seolah2 kiamat benar2 hampir terjadi...
selepas solat sunat tersebut khutbah dibacakan...
antara point yg aku ingat, Kejadian gerhana bulan adalah antara tanda2 kebesaran ALLAH...ia juga mengingatkan kita saat berlakunya huru hara ketika kiamat akan terjadi...pada waktu itu bulan akan tidak bercahaya lagi...bulan dan matahari akan bersatu...Ya ALLAH...dahsyat kan bila kiamat terjadi...
semoga kita semua mengambil iktibar dengan peristiwa gerhana bulan atau matahari...insyallah...
masa perjalan pulang ke marhalah kami, brother tu cakap...asbab "keluar" sikit jer ALLAH dah tambahkan ilmu...alhamdulilah...
2 comments:
4 bulan ke 40 hari sebelum ijtimak?
Amir tasykil halaqah aku dah tasykil lembut2 kat.aku...ohhh..YA ALLAH mujahadah betui...
Post a Comment