Sunday, April 12, 2009

Solat di awal usia...kanak2 menjadi imam di awal usia dan Umur Baligh ikut Mazhab

Kuliah subuh (nota untuk diri sendiri agar tidak lupa jika tidak ditulis),

maksud hadis, "perintahkanlah anak mu untuk solat ketika mencecah usia tujuh tahun" hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhori...

Di riwayatkan bahawa hadis ini disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah balik dari mikraj...dengan kekuasaan ALLAH taala, baginda telah balik semula ke bumi tidak sampai separuh malam pun...(wallah hu alam)...ketika itu terdapat seorang kanak-kanak yang bernama AMR bin SALAMAH yang berusia 7 tahun yang berdampingan dengan Nabi...perintah ini dikeluarkan pada masa tersebut...

Imam Syafie berpendapat jika kanak2 itu sudah berusia 7 tahun, mumaiyiz dan tahu ilmu alquraan, dia boleh menjadi imam di dalam solat sunat dan fardu..so harap kita tak jadikan isu jika ada kanak2 menjadi imam solat fardu...

Maksud hadis lagi " rotanlah anak mu jika tidak bersolat apabila sudah berumur 10 tahun"..menurut ustaz tersebut, suruhan ini sebagai didikan supaya kanak2 di awal usia sudah menyedari bahawa setiap dosa ada balasannya.

Menyentuh perkara Baligh pula:

menurut Mazhab Syafie, apabila lelaki berusia 15 tahun sudah dikatakan baligh walaupun tiada tanda2 seperti perubahan suara.

Mazhab maliki pula 17 tahun dan 18 tahun Mazhab Hanafi...

Bagi wanita pula, ada pendapat mengatakan aurat perlu dijaga bermula berusia 5 tahun....

Wallahu alam...semoga ALLAH beri kefahaman agama...

5 comments:

shuhada said...

Salam,

Maaf, topik yang saya nak bincang ni keluar tajuk. Berkenaan tentang jemaah tabligh, bagaimana nak menukar persepsi negatif masyarakat tentang mereka? (especially oang kampung). Ramai yang bila disebut orang tabligh je, akan terbayang, seorang lelaki yang tak bertanggungjawab, suka tinggalkan anak isteri tanpa nafkah, menyuruh isteri mencari nafkah sedangkan dia cuma menggunakan sahaja harta yang isteri cari, tak bersosial dengan saudara mara (sebab sibuk dengan jemaah), sibuk dakwah orang lain, rumah tangga sendiri tunggang langgang, dan macam-macam lagi lah. (mak oii.. banyaknya persepsi negatif.. :)). Ini kenyataan yang mungkin pernah berlaku. Adakah masih ramai lagi yang bersikap begini. Ada tak dalam jemaah tu wujud nasihat menasihati bukan sahaja in term of bagaimana dakwah kepada masyarakat, tapi bagaimana menjaga akhlak dengan keluarga khasnya.
Sekadar bertanya untuk menjelaskan kepada kawan2 sendiri yang masih ramai berpersepsi negatif kepada pendakwah2.

van qif said...

wsalam,

saya bukanla selayaknya menjawab pertanyaan tersebut...

memang saya x mampu nak beri jawapan..itu kene rujuk kepada abang2 yang lebih senior lg banyak pengalaman dan pengorbanan yang telah mereka buat...

cuma apa saya nak kata, manusia atau diri saya sendiri lebih suka memandang keburukan orang lain daripada kebaikan yang telah dibuatnya..

kita kene ingat apabila kita suka memandang keburukan orang lain kita akan cenderung bersangka buruk pd orang tersebut..bila hati dah bersangka buruk ni lah yang bahaya..takut2 benda ni menjadi beban kita di akhirat kelak..takut tak pasai2 kita punya amalan baik termusnah atau pun terpaksa dipindahkan ke akaun orang yang kita sngka buruk..

Wallahulam

Unknown said...

wah3,,dunia sudah terbalik....

shuhada said...

Salam,

Maaf sangat2 kalau soalan saya menampakkan yang saya bersangka buruk. Soalan tu berniat untuk nak tahu perkara yang sebenar dari kalangan orang2 dakwah sendiri. Saya berani bertanya di sini disebabkan saya melihat saudara nampak tenang dan tak beremosi pada setiap soalan yang ditanya sebelum ni. Saya agak kurang berminat untuk bertanya pada orang yang berpengalaman kerana kebanyakan soalan2 saya yang agak sensitif dan berbau kritikan kebanyakannya akan mendapat jawapan yang berbau emosi, defensif dan menyimpang dari isu asal (ayat ini tidak merujuk kepada jawapan saudara). Mungkin susunan ayat saya tidak berhikmah menyebabkan saya disalah sangka. Tak apalah, saya akan belajar untuk menyusun ayat dengan lebih baik supaya orang tak bersangka buruk yang saya ni bersangka buruk. Hehehe.. (Nampaknya saya telah bersangka buruk yang orang bersangka buruk pada saya.. pening2.. hidup ni penuh dengan tipu daya, saya sangka orang bersangka buruk, tapi terang2 saya ni yang dah bersangka buruk pada orang lain). Apapun terima kasih dengan jawapan ini, cumanya saya harap ada tindakan selanjutnya untuk menjawab isu yang saya utarakan. Mungkin boleh buat entry khas tentang isu ni. Wassalam..

van qif said...

harap maaf, jawapan tu bukan saya tujukan kepada saudari...

ketika saya menjawab soalan tu saya teringat kepada abang karkun senior yg komen orang kutuk kelemahan sesetengah individu mubaligh...dia kata sesetengah orang lebih suka membesarkan @ bersangka buruk pada mubaligh..padahal pengorbanan mubaligh hanya dipandang sinis..