Tuesday, May 19, 2009

Tak Pilih Bulu...

Aik sekarang ko orang dah tak payah jubah ker??..Mat rock, panjang rambut..

Begitulah respon kawan aku yang suka selaku AJK surau, terhadap kedatangan satu jemaah khuruj ke surau aku...aku tak marah ngan soalan dia tapi sebaliknya nak tergelak pun ader...aku jawab dengan sehikmah yang mungkin...usaha dakwah ni tak pilih bulu..Jawapan ringkas aku..tak tau kenapa aku nak tergelak ngan soalan kawan aku tu...

Kebanyakan orang salah faham, jemaah yang keluar/khuruj bukan bertujuan untuk mengajar mana-mana pihak, tetapi sebaliknya mereka keluar untuk belajar untuk taat perintah ALLah mengikut sunah Nabi...Dan disebabkan mereka masih belajar ataupun ader yang baru belajar, so harap janganlah ada salah faham...

berkerut juga kening imam bila melihat ada budak remaja yang ber dye rambut datang surau join jemaah tu...Please lah beri peluang kepada anak2 muda ni belajar...daripada lepak luar lebih baik lepak kat surau, dapat dengar hadis, petikan quran dan belajar tajwid, adab itu dan ini..untung ko...

Jemaah yang datang kali ni adalah dari marhalah yang dah maju, Maha Suci ALLAh yang satukan hati mereka...ada dari sabah, semenanjung, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan France..terasa sedih gak aku waktu mereka nak tangguh...

Semoga ALLAH satukan hati kita semua dan jauhkan kita dari bersangka buruk...

2 comments:

shuhada said...

Salam,

Wahh.. Bagusnya.. Barulah terasa satu agama bersaudara. Hebat..

van qif said...

wsalam...

betul tu, usaha dan suasana zaman Nabi dulu memang tak pilih bulu...ada dari pelbagai suku arab, parsi, afrika dan yahudi pun ada...

Waktu nak balik tu aku peluk diorang..benda yang sangat jarang aku buat..

Semoga Allah menerima usaha kami yg masih belajar2 ni...tak pandai pun..