Friday, October 31, 2008

Pesanan penting untuk diriku (alarming myself)

Location: Surau kat rumah
source: Fadhail amal
penyampai: Bro Z


assalamulaikum,

Aku minggu ni memang sibuk betul, plan nak tulis blog ni hari selasa lagi, tapi tertangguh sebab beberapa urusan pejabat yg x setel2....alhamdulilah diizinkan ALLAH jua pada malam ni...nota agama kali ni penting untuk diri sendiri sebenarnya..namun begitu sebab dah bertangguh beberapa hari so hanya beberapa point jer yang mampu diingati...mmm nak buat macam mana dah aku ni memang jenis pelupa...sebab tu masa zaman kuliah dulu, kawan satu kolej kediaman penah tegur aku, "ko ni tak sesuai jadi saksi ler,sebab pelupa" hihihi...apa kabar agaknyer kawan aku yang ambik course civil law tu...semoga berjaya dalam kerjaya yang diceburi...Anak dah berapa agak nyer tu...

Sebenarnya entry kali ni adalah nota agama yg penting untuk diriku sendiri, kat surau kawasan flat rumah aku, ader ta'lim setiap selepas subuh, x kisah ler sesaper yg kasi ta'lim...setiap hari start dari minggu lepas lagi Bro tu baca bab dakwah dari kitab fadail amal...panas telinga beb, kene batang hidung aku sendiri.,nampak sangat sebelum ni aku ambik mudah jer bab ni...lepas dengar ta'lim tu ader ler insaf sikit....

AKu harap siapa yang terbaca entry ni secara x sengaja agar open minded, oh come on guys!

Dakwah semakin dipandang sepi...itulah realiti...dan aku pun baru belajar nak berdakwah, baru peringkat meniarap kot...insyallah nanti merangkak2 plak...

Ta'lim banyak mengambil petikan ayat2 al-quran tentang pentingnyer dakwah...antaranya surah luqman

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang sangat dituntut oleh Allah."

(sebenarnya ada lagi beberapa ayat yg dibaca, x pe, bila memoriku sudah pulih sepenuhnyer, aku akan tulis lagi petikan2 ayat suci al-quran tu)

Aku ini hanya insan biasa yg masih tak cukup ilmu................ tapi bila bila dengar Bro tu baca satu hadis yang maksudnyer lebih kurang macam ni (sila betul kan aku jika salah maksud)....Annas telah bertanya kepada Rasullulah, Ya Rasullulah bukan kah kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu dilakukan oleh orang yang sudah sempurna amalannya, Rasullulah menjawab; bukan begitu, lelaki yang masih lagi belum sempurna melakukan kebaikan atau masih lagi tidak sepenuhnya meninggal kesilapan, boleh mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" (hadith riwayat tabrhani)

So pengajaran untuk diri aku...biasa biasakan diri untuk berdakwah..dan paling penting jangan pandang rendah pada orang yg berdakwah @ tegur kat aku...walaupun orang tu bukan ustaz atau ustazah...wallahulam...

Insyallah bila ingat point2 yg lain pasal dakwah aku akan tulis....Semoga Allah beri aku kesempatan....

Monday, October 27, 2008

Serba sedikit Perang Uhud

Source: Kuliah Zohor
Location: KL
Tarikh: Syawal 2008

Satu kuliah yang menarik yang disampaikan oleh seorang ustaz...Aku cuba type semula apa yang ingat, inilah akibatnya apabila lambat merekod apa yang didengar, banyak points yg dah terlupa..lagi pun aku masuk surau time tu lambat sikit, kuliah dah start pun.

beliau menceritakan, bagaimana sebelum perang berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah mendapat mimpi mengenai peperangan ini. Dalam mimpi tersebut beliau telah mendapat gambaran beberapa orang sahabat yang dikasihi mati shahid.

Peperangan ini berlaku antara penduduk islam di Madinah dan musyrikin Mekah

Dalam peperangan ini seramai 70 orang sahabat telah gugur shahid. antaranya bapa saudara nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hamzah..

Ada satu kejadian yg terjadi selepas peperangan itu tamat, para sahabat hairan apabila didapati satu jenazah sahabat telah disirami air dari langit, jenazah tersebut hampir tidak dapat dikenal pasti kerana kedahsyatan perang yang telah berlaku, seorang wanita muslim telah mengenal pasti jenazah tersebut berdasarkan tanda pada kaki...beliau adalah Hanzalah, Nabi Muhammad terus pergi ke rumah Hanzalah dan bertanya kepada isteri Hanzalah,

isterinya telah menceritakan mereka baru diijabkabulkan, dan telah bersama pada malam sebelum perang, apabila paluan perang dilaungkan pada awal pagi, Hanzalah tidak sempat mandi Hadas besar dan terus menyahut seruan perang untuk berjidah di jalan ALLAH....

Nabi mengatakan, bahawa air yang turun dari langit tersebut adalah air siraman dari Malaikat untuk memandikan jenazah Hanzalah yang telah shahid....

Sedih juga bila dengar cerita ni, tentang perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat...

marilah kita semua berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W, ke atas Ahli Keluarganya dan Para Sahabat baginda sekalian.....



note: sebarang teguran adalah dihargai.....

Saturday, October 25, 2008

Aku terminum air bersemut...macam mana ni!!!!

tajuk entry kali ni berdasarkan satu kuliah maghrib kat sebuah masjid putih yang cantik berhampiran stesen LRT STAR Hang Tuah...Masjid Al-Bukhori (kalu ko orang berjalan ke Berjaya Times Square tu, apalah kiranya menapak sedikit pergi bersolat ke masjid ni)


Ustaz memulakan kuliah....masjid macam biasa ader ler dua tiga orang yg dengar,...tapi caya lah ustaz, teruskan usaha anda...

ulat2 pada buah (dalam buah) boleh dimakan...jangan membazir buah dan ulat2 tu...

berkenaan semut pula, jika di dalam suatu bekas tu ada semut, air di dalam bekas tu boleh ler diminum setelah ia ditapis menggunakan penapis...

begitu juga halnya dengai gulai lemak anda, jika dimasuk semut tak perlulah gulai itu ditapis, cukup ler sekadar mencedok semut tersebut...

dalam situasi anda dapati ada semut dalam bekas anda, dan anda berasa marah pada semut tersebut dan kemudian anda panaskan air bersemut tadi, maka air tersebut tidak boleh diminum sebab semut tersebut mati di dalam bekas air anda akibat dibunuh dengan sengaja.

maaf nota ini ingat setakat ini sahaja...waktu asar dah hampir...jom solat berjemaah,

adioss amigoss

berazam untuk menulis semula

Assalamualaikum,

terasa rugi sebab banyak kuliah, taklim, bayan dan tazkirah yg didengar tak sempat dicatitkan semula di dalam blog ni...insyaallah sekadar yang teringat akan ditulis...ini adalah untuk kebaikan diri sendiri gak...sebab saya ni memang jenis pelupa...

harap sesiapa yg tersasul ke blog ni boleh berkongsi ilmu dengan saya yg banyak melakukan dan mengulangi kesalahan dan kurang ilmu ni....

Saturday, October 18, 2008

Aidilfitri 2008 menyatu silaturahim

Assalamualaikum,

Dah lama saya tidak berkarya...hari ni dah masuk 18 syawal, terasa bersemangat semula nak menaik papan keyboard ni...

Yup aidilfitri tahun ni memang penuh makna...alhamdulilah, ye ler sebab dapat jumpa adik beradik, seronok tengok sanak saudara bergembira di hari raya...harap suasana di berterusan, insyaallah..walaupun hari raya pertama dan kedua demam tetapi hari raya ketiga baru kebah terus pergi berayer...

The best part raya tahun ni dapat jumpa kawan yg dah 18 tahun x jumpa...walaupun dia duduk kg sebelah jer, tapi x pernah terjumpa sebelum ni...alhmdulilah..

Raya tahun ni juga saya ambil pelung untuk berjumpa ngan kawan2 yg dah ader famili..seronok tgk diorang dah ader anak dan berbahagia plak tu..huhuhu...(makan hati ni woi)...tak pe tak pe...Allah bersama hambanya yg bersabar..insyallah..

Buat sesiapa yg tersesat ke blog yg humble ni, ada satu pesanan untuk anda, hargailah persahabatn yg ada, kerana islam ini indah, indah kerana menggalakkan kita mengukuhkan silaturahim...Sebab bila saya fikir semula kenapa Allah galakkan kita jaga silaturahim mungkin ini akan memudahkan kita menjalankan tanggungjawab amal makrum nahi mungkar sesama kenalan...yer ler cuba fikir secara logik, kalu kita buat sombong ngan seseorang kn ini akan menjuhkan diri kita pada org itu dan secara x langsung menyukarkan kita menegur atau mengajak kepada kebaikan...

Hari raya kali ni juga sempat g ziarah rumah parent...kawn sebaya saya tu dah passed away, saj nk ziarah parent di, sebagai tanda ingatan kengkawan..

Adioss Amigoss