tajuk entry kali ni berdasarkan satu kuliah maghrib kat sebuah masjid putih yang cantik berhampiran stesen LRT STAR Hang Tuah...Masjid Al-Bukhori (kalu ko orang berjalan ke Berjaya Times Square tu, apalah kiranya menapak sedikit pergi bersolat ke masjid ni)
Ustaz memulakan kuliah....masjid macam biasa ader ler dua tiga orang yg dengar,...tapi caya lah ustaz, teruskan usaha anda...
ulat2 pada buah (dalam buah) boleh dimakan...jangan membazir buah dan ulat2 tu...
berkenaan semut pula, jika di dalam suatu bekas tu ada semut, air di dalam bekas tu boleh ler diminum setelah ia ditapis menggunakan penapis...
begitu juga halnya dengai gulai lemak anda, jika dimasuk semut tak perlulah gulai itu ditapis, cukup ler sekadar mencedok semut tersebut...
dalam situasi anda dapati ada semut dalam bekas anda, dan anda berasa marah pada semut tersebut dan kemudian anda panaskan air bersemut tadi, maka air tersebut tidak boleh diminum sebab semut tersebut mati di dalam bekas air anda akibat dibunuh dengan sengaja.
maaf nota ini ingat setakat ini sahaja...waktu asar dah hampir...jom solat berjemaah,
adioss amigoss
No comments:
Post a Comment