Friday, October 31, 2008

Pesanan penting untuk diriku (alarming myself)

Location: Surau kat rumah
source: Fadhail amal
penyampai: Bro Z


assalamulaikum,

Aku minggu ni memang sibuk betul, plan nak tulis blog ni hari selasa lagi, tapi tertangguh sebab beberapa urusan pejabat yg x setel2....alhamdulilah diizinkan ALLAH jua pada malam ni...nota agama kali ni penting untuk diri sendiri sebenarnya..namun begitu sebab dah bertangguh beberapa hari so hanya beberapa point jer yang mampu diingati...mmm nak buat macam mana dah aku ni memang jenis pelupa...sebab tu masa zaman kuliah dulu, kawan satu kolej kediaman penah tegur aku, "ko ni tak sesuai jadi saksi ler,sebab pelupa" hihihi...apa kabar agaknyer kawan aku yang ambik course civil law tu...semoga berjaya dalam kerjaya yang diceburi...Anak dah berapa agak nyer tu...

Sebenarnya entry kali ni adalah nota agama yg penting untuk diriku sendiri, kat surau kawasan flat rumah aku, ader ta'lim setiap selepas subuh, x kisah ler sesaper yg kasi ta'lim...setiap hari start dari minggu lepas lagi Bro tu baca bab dakwah dari kitab fadail amal...panas telinga beb, kene batang hidung aku sendiri.,nampak sangat sebelum ni aku ambik mudah jer bab ni...lepas dengar ta'lim tu ader ler insaf sikit....

AKu harap siapa yang terbaca entry ni secara x sengaja agar open minded, oh come on guys!

Dakwah semakin dipandang sepi...itulah realiti...dan aku pun baru belajar nak berdakwah, baru peringkat meniarap kot...insyallah nanti merangkak2 plak...

Ta'lim banyak mengambil petikan ayat2 al-quran tentang pentingnyer dakwah...antaranya surah luqman

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang sangat dituntut oleh Allah."

(sebenarnya ada lagi beberapa ayat yg dibaca, x pe, bila memoriku sudah pulih sepenuhnyer, aku akan tulis lagi petikan2 ayat suci al-quran tu)

Aku ini hanya insan biasa yg masih tak cukup ilmu................ tapi bila bila dengar Bro tu baca satu hadis yang maksudnyer lebih kurang macam ni (sila betul kan aku jika salah maksud)....Annas telah bertanya kepada Rasullulah, Ya Rasullulah bukan kah kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu dilakukan oleh orang yang sudah sempurna amalannya, Rasullulah menjawab; bukan begitu, lelaki yang masih lagi belum sempurna melakukan kebaikan atau masih lagi tidak sepenuhnya meninggal kesilapan, boleh mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" (hadith riwayat tabrhani)

So pengajaran untuk diri aku...biasa biasakan diri untuk berdakwah..dan paling penting jangan pandang rendah pada orang yg berdakwah @ tegur kat aku...walaupun orang tu bukan ustaz atau ustazah...wallahulam...

Insyallah bila ingat point2 yg lain pasal dakwah aku akan tulis....Semoga Allah beri aku kesempatan....

2 comments:

sapesape said...

Salam,
Betul tu. Saya nampak kerja da’wah ni satu cara unutuk membetulkan diri kita sendiri juga. Kadang-kadang kita tak tau sebenarnya orang yang kita nak da’wahkan tu lebih berilmu dari kita rupanya. So, kalau kita ada tersilap, di situlah boleh kita nak betulkan diri kita.
Apa yang saya nampak, cabaran da’wah ni ada dua:
1. Nak memulakan.
- Sangat dasyat ok nak memulakannya. Takut apa orang kata, rasa diri sangat dhaif dan tak sempurna, takut dicerca, takut hilang kawan, takut dapat musuh, macam-macam lagilah takut selain takut Allah.
2. Semasa berda’wah. Susahnya mencari cara yang sangat berhikmah untuk berda’wah. Selalu terselit emosi-emosi tak stabil.
3. Sesudah berdakwah.
-Kalau dakwah kita berjaya, kita rasa diri kita bagus. Mula lupa diri. Sangat gembira dengan pujian. Rasa diri kita yang menyebabkan orang itu berubah, dan terlupa dengan peranan hidayah dari Allah.
-kalau da’wah masih tak berjaya, kita tak sabar nak tengok result yang baik. Bila orang tak sehaluan dengan kita, kita cepat emosi. Rasa putus asa.

Benda ni bukan amik dari mana-mana pun, cuma based dari pengalaman diri sendiri je. Mungkin orang lain ada cabaran yang lain pulak.
Wallahu a’lam.

van qif said...

waalaikumsalam,

thanks sebab kongsi pengalaman, buat benda yg memang banyak cabaran dia...mudah mudahan dipermudahkan Allah dan juga agar usaha yg x seberapa ni diterimanya..