Wednesday, November 12, 2008

islam dan internet

tajuk intery ni macam bertaraf akademik jer...tapi sebenarnya tidak...cuma sedikit buah fikiran aku yang biasa ni dan juga apa yang aku pernah dengar dari pendapat orang lain tentang perkara ni...

Ada satu ceramah yg pernah aku dengar...ustaz tu cakap, siapa yang betul2 yakin dengan peristiwa padang mahsyar boleh jadikan internet sebagai satu contoh bagaimana mudahnya ALLAH nak trace balik apa yg kita buat kat dunia ni...contoh ejen carian google ni...sekali type keyword jer dan tekan enter, dalam masa 0.000 second akan keluar berjuta-juta maklumat...

mungkin ini dimaksudkan...Innallah ha sari'ul hisab...sesungguhnya hisab Allah tu sangat cepat...Yer ler, contohnya kalau Allah tanya apa aku buat pada pukul 7:30ptg hari rabu, 12.11.2008, x boleh tipu beb...time tu mulut dah terkunci...tak ker nayer kalu time tu Allah check sekejap jer dalam data base, dan didapati aku berada di panggung wayang ntah ngan awek mana....atau pun paling kurang pun time tu aku didapati lepak di kedai mamak sambil bincang urusan MLM...huhu...dan tak ker best kalu daripada data tu didapati pada time tu aku sedang sujud kepadanya di rumahNYA...aminnn

Ada satu kajian yg dijalankan oleh intelektual barat dan yahudi, tahun lepas kot...mereka mendapati orang islam sangat pandai menggunakan internet untuk tujuan agama @ pun terorist (kunonnyer)...so kengkawan islam aku yg baca blog ni...marilah kita teruskan menaip apa saja perkara yg berkait ngan islam @ nota agama..supaya manfaatnya bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk muslim yg lain..ayuhh...

Tetapi internet, seperti medium2 lain x lah seperfect yg kita mahu...bak kata seorang jemputan dalam satu program radio IKIM, internet seperti sebuah kota @ bandar...ada banyak lorong, ada lorong yg cerah, ada lorong yg gelap...ada banyak bangunan...ada masjid...dan ader tempat perlacuran...so berhati-hatilah nak masuk lorong mana...ohh..Ya ALLAH...lindungilah aku bila masuk ke kota ni...sampaikan aku ke lorong yg cerah2 jer hendaknya...

nak promote ni...cuba ko org time dalam google: you tube + child reciting quran...best nanti dapat dengar alunan merdu budak baca Ya sin..

No comments: