Friday, November 21, 2008

Tersesat di tengah highway...

Malam kelmarin aku telah tersesat di dalam hujan ketika hendak pergi menziarah seorang saudara yang sakit di sebuah hospital...Alhamdulilah hujan x ler selebat mana, tapi cukup untuk membasahkan pakaian aku yang naik kapcai ni...

Aku mula gerak pukul 6 lebih...niat di hati nak solat maghrib di destinasi yg dituju...petang di KL macam biasa jem yg sangat kronik...atau istilahnya bumper to bumper..ngan motor yang aku bawak, boleh ler mencelah-celah laksana mat rempit yg profesional...risau gak takut tercalar cat metalik keter mewah org @ terhentam side mirror...Alhamdulilah tu tak pernah terjadi lagi setakat ni, mintak dijauhkan....dalam al-quraan ada diajarkan doa naik kenderaan, memang mukjizat sungguh al-quraan ni...macam2 ada...maksud doa tersebut dalam bahasa melayu ialah: "Maha suci tuhan yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, sedangkan kami tidak mampu menguasainya, Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, Kami akan kembali"

in english

In order that ye may sit firm and square on their backs, and when so seated, ye may celebrate the (kind) favour of your Lord, and say, "Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves), "And to our Lord, surely, must we turn back!"

Ayat 13 dan 14 Surah Az-Zukhruf (ORNAMENTS OF GOLD, LUXURY)..

Ok kembali kepada cerita tadi, Aku telah perasan aku dah tersesat dari destinasi setelah aku "tawaf" kawasan yang sama lebih dari dua kali...aku dah mula risau sebab kat kawasan tu x kelihatan sebarang surau @ masjid...maghrib dah lama masuk...aku tanya kat mat-mat motor tentang tempat aku nak pergi...semuanya blur...uhhh...x per...

last2 aku decided untuk blah jer...the mission was aborted...huhuhu...lagi pun maghrib dah panjang, rasa bersalah pun ada..aku sepanjang jalan patah balik tu aku telah lalui beberapa stesen minyak...nasib baik ternampak petronas...sebab aku tahu biasanya stesen ni ada sediakan surau...alhamdulilah aku sempat solat maghrib secara berjemaah walaupun secara masbuk pada rakaat ketiga, imamnya abang yg bawak teksi...merdu suara dia baca surah...surau tu kecik jer, tapi aku cukup syukur sebab Allah beri kesempatan untuk mantain solat jemaah..alhamdulilah

Setelah selesai solat maghrib aku call abg aku, cakap dah tersesat...dia pun cerita ler..ko ikut jalan...bla bla..sekejap jer boleh sampai...oo yer ker...dia juga tak lupa supaya aku merempit dengan berhati2....sebelum start motor aku minum dulu air Nescafe Mocha yg dibeli di kadai mesra petronas, harapnya x mengantuk keti memandu...

On the way balik, aku telah terjumpa masjid bersebelahan pusat asasi UIAM...kebetulan time tu azan isyak sedang berkumandang...aku pun singgah solat...Terasa tenang di masjid ni...tak sangka masjid ni ramai makmum..cayalah adik2 student..semoga kita semua dapat istiqamah solat berjemaah sehingga sampai roh berpisah dari badan...

Imam masjid tu baca surah AL-baqarah, merdu dan lembut suara dia...memang masjid tu penuh...sesegar udara malam...mesti ALLAH bangga dengan para hambaNYA...

Selepas selesai solat, aku pun bertolak pulang ke rumah...mengenakan baju hujan sebab hujan dah rintik2 semula...sebelum sampai rumah aku singgah dulu beli nasi lemak favourite aku...letak lauk ayam goreng, sambal, kacang, telur setengah biji dan tak lupa mentimun...dan selepas tu terus balik rumah...memang malam tadi memenatkan..no wonder lepas maghrib tadi aku terpaksa tido sekejap, mengantuk tahap akut...tapi syukur dapat banyak pengalaman...

No comments: