Sunday, December 14, 2008

PERJALANAN HIDUP ku (part 1)

Salam,

Setiap orang ada sejarah kehidupannya yg tersendiri...aku pun begitu juga...tiba2 terasa nak di rekod kan apa yang aku masih ingat ke dalam blog peribadi ni...

Aku dilahirkan di waktu subuh di sebuah kampung yang permai nun di kawasan pendalaman yang di kelilingi bukit bukau yang berhutan tebal...Kesian mak aku yang telah bersusah payah mengandungkan aku selama lebih kurang 9 bulan...aku dilahirkan di awal bulan syaaban...alhamdulilah mak aku dapat berpuasa di bulan ramadhan yg berikutnya...

Aku masih menyukai hilly scenery di kampung ku...ada nilai estetika, terutama permandangan di awal pagi...kabus tebal meliputi bukit bukau yang mengelilingi kampung...bunyi burung2 berkicauan tanda mereka memuji ALLAH di awal pagi hari lagi...

Alhamdulilah seronok jadi budak kampung ni...

Memori aku yg terawal masih teringat hard disc di otak ni, may be ketika berumur 4 tahun kot..ingat lagi imej time tu walaupun x sepenuhnya, mak bapak aku may be nak kuar pergi somewhere...diorang x nak bawak aku..so didukung aku dan didodoikan aku dalam buaian, masa dibuaikan tu aku perlahan-lahan tertido..bila dah terjaga aku dapati parent aku dah x de di situ, dan aku nampak kakak aku sedang studi kat meja berdepan tingkap..inilah satu-satunya ingatan yang aku ingat bahawa aku pernah dibuaikan oleh mak aku ketika kecik cinonet dulu......thanks ALLAH...

bersambung....

No comments: