Thursday, January 1, 2009

part 2....zaman kanak kanak

Salam,...dah lama aku tak menulis...kesibukan dan ketensenan kerja pejabat membuat otak menjadi beku untuk menaip...arghh..Ya ALLAH janganlah ko uji aku dengan ujian yg x mampu aku lalui..

Antara peringkat hidup aku yang paling best ialah zaman kanak-kanak..jadi budak kampung memang menyeronokkan...

aktiviti wajib...sudah tentu pergi mandi sungai...x kisah ler dengan kebenaran mak bapak @ pun pergi curi2 mandi sungai...huhuhu..pengalaman paling best ialah buat rakit buluh dan menghiliri sungai mengikuti aliran air sungai yang tenang tu...kira adventure jugak ler sebab kene melepasi pokok tumbang, melalui lubuk yg dalam..dan macam2 lagi...aku berharap sungai di kampung tu masih terpelihara dan tidak tercemar oleh sebab pembangunan...

melastik burung itu pun aku ada ikut kawan2 aku...aku ni memang x pandai melastik..sekor burung pun x pernah dapat..

Pada zaman kanak2 ni la, macam kanak2 lain aku belajar mengaji..ada dua tiga guru mengaji..termasuk lah dengan bapak sendiri...semoga apabila setiap kali aku membaca al-quran yg suci tu, korang juga dapat saham pahala di akhirat..insyallah..

No comments: