Seminggu dua ni gadis berpurdah berlegar-legar di kepala otak ni...Gadis berpurdah...memang mereka ni lain daripada yang lain...Ada yg gelar niqab, ada yg sebut matsurat...
Kisah satu...
Seorang abang bertanya kepada adiknya bila nak berkahwin...soalan rutin yang biasa akan disoalkan kepada sesiapa sahaja yang dikategorikan sudah sampai usia sesuai mendirikan masjid...aku nak kahwin ngan orang pakai purdah, jawab adiknya dengan selamba sambil tergelak2...terkedu si abang dan kakaknya....
Moral of the story: Realitinya sesuatu yang pelik bila orang melayu pakai purdah...dan lagi pelik bila tengok lelaki buat dakwah cara nabi-nabi ulul azmi (credit to hamka's entry)...
Kisah dua...
Beberapa tahun lepas aku terbaca paper mengenai seorang peserta program PLKN...si remaja ni unik, dia menyertai semua aktiviti PLKN yang lasak tu....daripada A sampai lah Z...komandor Kem, berkata dia ni x de apa2 masalah dan memberikan sepenuh kerja sama...apa yang uniknya dia sentiasa memakai purdah sepanjang aktiviti dijalankan...
Moral of the story: berpurdah tidak menghalang anda menyertai aktiviti lasak...masa zaman kuliah dulu...muslimat pergi demonstrasi pakai purdah...aktiviti lasak gak tu....huhuhu
Kisah Tiga...
Suatu pagi, ketika bersarapan bersama kengkawan2 di cafe di tempat kerja...si lelaki A menceritakan tentang perihal wanita yg berpurdah...lelaki B mencelah, jangan tetipu dengan penampilan mereka katanya, dia dah dengar banyak kes yg dibawa oleh wanita yg berpurdah...tut, tut, tut....(ayatnya terpaksa disensor)...(lelaki B dari luaran nampak warak)
Moral of the story: bukan semua orang perfect macam malaikat...bukan kah bersangka baik itu lebih mulia...ohhh
Kisah Benar...
Aku pernah baca buku yang ditulis oleh pelajar kita di timur tengah, tajuk buku tu dah lupa, tapi kalu x silap...tempat2 bersejarah di madinah...credit on them...forgive me please, i cant remember the author...
Dalam satu kisah dalam buku tu diceritakan...Aisyah (R.A.H) apabila menziarahi bilik Makam Nabi Muhammad S.A.W, dia akan membuka purdahnya, apabila Ayahandanya Abu Bakar As- siddik (R.A) disemayamkan di sisi Nabi yang mulia itu, Aisyah (R.A.H) masih membuka purdahnya apabila menziarahi pusara mereka....selang beberapa ketika apabila khalifah yang kedua, yakni Umar Al-Khatab (R.A) turut dipusarakan di dalam kawasan makam tersebut, Aishah (R.A.H) kekal memakai purdah apabila menziarahi pusara para kekasih ALLAH ini, Ya Allah tingginya akhlak isteri nabi ni....in deed, no doubt...
info tambahan: dikhabarkan dalam bilik makam rasullulah tersebut terdapat lagi satu ruang untuk bersemayam...ruang ini ditinggalkan untuk pemusaraan Nabi Isa Alaihi Salam....Wallahulam....
Pesanan: sila tutup dengan tasbih kaffarah..
2 comments:
idaman qalbu tu.
he he
semoga kita dapat yang solehah...sebab nak dapat yg hafizah dan alimah macam x layak jer...huhuhu
atau ko ni memang hafiz...ohhh
Post a Comment