Sunday, January 4, 2009

pandainyee...

Salam,

kelmarin aku balik kg...meredah hujan sepanjang perjalanan yg bermula dari KL lg...perjalanan tiga jam..rindu kat mak bapak...damai dapat mencium tangan mereka...alhamdulilah parents aku masih sihat walafiat walaupun dah lanjut usia...

ketika malam hari tu...aku membelek surat khabar Sinar yg bertarikh 30 disember 2008...lelaki macam biasa akan mula baca paper dari muka surat belakang...bola, EPL...what ever...

setelah menyelak beberapa helai muka surat, tiba-tiba ada satu page tu menarik perhatian aku..title dia lebih kurang macam ni "Anak-Anak Seni Yang Telah Pergi Meninggalkan kita Semua pada Tahun 2008"

Antara gambar yg aku sempat ingat adalah Allahyarhamah Yusni Jaafar, Allahyarham Loloq, Mahmud (pemegang watak Hang Jebat), seorang pelakon drama lelaki (lupa nama dia)...dan beberapa orang lagi anak seni...semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka semua yang telah pergi...kelak kita juga akan menyusul...ohhhh

Dalam banyak-banyak gambar tu, mata aku tertumpu pada satu nama, Allahyarham Fendi (A to Z)...itik gembo2, oo iyo ko...nama sebenarnya Affendey Zainon, dia meninggal pada bulan april 2008 ketika berusia 39 tahun....

diceritakan dia meninggalkan kumpulan A to Z ketika kumpulan tu tengah berada di puncak pada pertengahan tahun 90an...setelah itu dia telah menyertai kumpulan dakwah...sebelum kematiannya dia pernah berimpian untuk membuka sebuah pondok di langkawi sebagai satu usaha dakwah, dan dia dah pergi meninjau tapak pondok tu di langkawi...

Apa yg ingin aku sampaikan di sini ialah, bila baca paper ni, tiba2 aku teringat suatu hadis yg marhumnya... "siapakah orang yang paling cerdik?" " orang yang paling cerdik ialah dia mengingati mati dan berusaha menghadapi kematian"....

Ni aku marah kat diri sendiri...kenapa aku selalu lalai megingati mati dan kurang membuat persediaan..asyik main2 jer...heh...

alahai bestnya ko fendi...semoga Allah menerima amalan kita semua...Aminnn...semoga Allah ampuni dosa kita semua...

teringat kata seorang pak cik..."Kita semua ni ibarat pokok kelapa, buah kelapa yang tua gugur, yang muda pun gugur, malahan bunga kelapa pun gugur"...syahdunya aku mendengar ayat tu...

Ya ALLAH masukkan kami semua dalam golongan yang....pandainyeee...

wasalam

2 comments:

Ladyship Atie said...

owh yeke..
kirenye pondok tu xsempat agik menjadi ea?

van qif said...

berita tu masa bulan april 2008..harap pondok tu dibina menggunakan wang arwah supaya sahamnya terus mengalir direct kepadanya...dan kuburnya insyaallah akan terang benderang..