Alhamdulilah tadi sempat dengar kuliah zohor kat tempat kerja...sebenarnya kuliah tadi sambungan dari minggu lepas..Ringkasan dari siri kuliah tersebut antaranya menyentuh bab solat...
Anak kepada Hassan Albana, yg juga merupakan seorang syeikul Islam telah menegur bahawa umat islam akan terus lemah selagi solat berjemaah lima waktu di masjid tidak dijaga...
Pernah juga saya terbaca dalam artikel Berita Harian, ulasan seorang penulis bahawa...salah seorang perdana menteri yahudi pernah membuat kenyataan, mereka susah untuk memenangi peperangan di suatu kampung jika jumlah orang solat berjemaah subuh di qoriah itu adalah seramai bilangan jemaah solat jumaat...
Dalam kuliah itu menyentuh, solat berjemaah di masjid antara manfaatnya ialah dapat menyatukan tali silaturahim sesama islam (memang ler masa form one dah belaja kat sekolah, tetapi walaupun rami yg tahu masih ramai lagi yg tak buat)
Walau apapun...bukankah solat berjemaah itu lebih disukai ALLAH....itu lah yg paling penting sekalikan..
Semoga kita semua dapat belaja2 menunaikan solat jemaah di Masjid secara sempurna lima waktu..insyallah..
Banyak Pahalanya...
Bermula Niat di hati nak pergi masjid lagi malaikat dah tulis pahala, ambil wuduk dan bersugi lagi...dapat lagi pahala...bergerak ke masjid dapat pahala...setiap langkah menaikkan darjat,...bila nampak masjid kita berselawat pulak...dapat lagi pahala...masuk masjid sambil baca doa insyallah kita akan dirahmati...niat pulak iktikaf dan x lupa solat sunat...Nampak kan...banyaknya pahala bila pergi ke masjid..Di Masjidlah tempat mula2 turunnya Rahmat ilahi....
semoga Allah menerima amalan kita semua...dan menghadirkan rasa ikhlas dalam hati kita untuk beribadat...Amin...Ya Rabb...
2 comments:
salam ziarah,
solah berjemaah 27 kali lebih afdhal daripada solah sendirian
Salam Ziarah,
Saudara benar...semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mengamalkannya..aminn
Post a Comment