Tuesday, March 31, 2009

adik sayang oii

Alhamdulilah...ALLAH izinkan juga aku kuar bulan ni...risau gak sebab takut miss...Memang betul ler...ALLAH beri respon terhadap apa yang kita risaukan dalam hati...Satu jemaah tujuh hari tiba2 singgah surau aku...so pucuk dicita ulam mendatang...

Kali ni join jemaah yang bawak student skolah menegah biasa dan juga sekolah rendah...Usaha ini memang tak kenal lapisan usia atau pun pangkat..

"Ustaz cuba check Fatihah saya"...huhuhu...adik sayang oii...aku bukannya ustaz...itulah permintaan seorang adik sekolah rendah (anak yatim)..tapi alhamdulilah...boleh gak berkongsi ilmu yang sedikit ni...semoga sejuk roh ayahnya..Bila keluar macam ni insyaallah kita dapat belajar dan mengajar (err maksud aku berkongsi ilmu)...

Malam, time nak tido tu lagi syahdu...adik tu baca kuat2"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-nar"...kami yang lain2 cuba control gelak di bawah selimut masing...budak2 kecik pun kene di 'ikram' kan beb...

Masa kuar ni jugak ALLAH izinkan kami berjumpa ngan student2 Medic semasa buat khususi..bagus diorang...menerima kehadiran kami dengan penuh minat walaupun sibuk pulun sebab nak exam...semoga Hidayat ilahi tersebar ke seluruh alam..

Pesanan kepada adik2 ni dan diri sendiri jugak supaya dapat jaga solat..insyallah...

Sunday, March 22, 2009

Aku kehilangannya..huhuhu

Sudah tertulis dalam azali aku akan kehilangannya...malam pertama kehilangannya aku masih bole cool lagi...control macho di depan rakan-rakan..

Nabi dah pesan, segala2nya sementara di dunia ini...Yang kekal abadi hanyalah ilahi..segala yang lain akan binasa...

masuk hari kedua aku dah mula winduu padanya...terkilan dan frust..aku tak sekuat Nabi Ayub..huhu...sedihnya..Hanya kepada ALLAH tempat aku mengadu..

Alhamdulilah ia telah banyak berjasa dan menabur bakti pada aku sebelum kehilangannya...

Saturday, March 21, 2009

my Takaza...

aku tak tahu cara ni boleh dibuat atau tak..

sesape yg tahu ada marhalah kawasan KL Timur yang nak khuruj next week (minggu keempat mac 09) boleh tolong email kat aku: vanqif@gmail.com

minggu ni marhalah aku kuar, tapi atas kelemahan aku, aku x dapat join diorang minggu ni..

argdd melayu dalam delima betui...

time kasih bebanyak kepada yang sudi membantu semoga ALLAH permudahkan urusan tuan...

Monday, March 16, 2009

Talut dan Jalut

Kuliah zohor berkisar tentang kisah Talut dan Jalut

1. Direkod dalam surah al-baqarah ayat 246 hingga 254

2. Pada awalnya terdapat ramai bala tentera talut yang ikut berperang menentang tentera jalut.

3. Allah uji mereka dengan sebatang anak sungai, mereka tidak dibenarkan meminumnya, hanya boleh mencedok dengan satu cedokan tangan sahaja...apabila sampai di sungai ramai yang telah minum sepuas-puasnya akibat kehausan, cuma sedikit sahaja yang tidak berbuat demikian..golongan yang sedikit amat yakin kepada ALLAH, mereka dikatakan seramai 313 orang (Jumlah yang sama ketika Perang Badar, dan jumlah yang sama ini jugalah golongan yang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi, begitulah disampaikan oleh ustaz, wallahulam)

4. terdapat doa yang boleh diamalkan daripada kisah ini...

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

Ayat 250 surah Al-Baqaroh...

5. Ustaz juga ada menyentuh tentang bilangan para nabi yang diutuskan oleh ALLAH ke muka bumi ini...terdapat sejumlah 124 ribu nabi yang telah diutuskan, para sahabat nabi juga berjumlah 124 ribu...Wallahulam..

Monday, March 9, 2009

Suasana yang Nyaman di Hari Kelahirannya..

Dengan nama Allah yang maha pemurah...

Mungkin secara kebetulan sahaja..atau pun mungkin memang anugerah dari ALLAH...Semalam KL panas...malam tadi KL panas sampai berpeluh aku...yer ler rumah flat aku x der air cond...

Sejak zaman kuliah dahulu aku mula perasan bila apabila tiba hari kelahiran nabi, keadaan cuaca akan redup, mendung atau hujan...cuaca yang cukup selesa..sekurang-kurangnya untuk aku sorang....bukankah hujan itu satu rahmat...Sudah menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W akan berdoa setiap kali hujan mula turun...

cuaca hari ini agak berbeza dengan hari sebelumnya yang panas dan kurang selesa sedikit (x elok merungut banyak sangat, Allah x suka)...ni mungkin perasaan aku sorang jer...

Nabi Muhammad S.A.W, memang pembawa rahmat ke sekalian alam...diceritakan seorang rahib kristian dapat mengenalpasti tanda-tanda kenabian baginda melalui kehadiran awan yang memayungi banginda semasa mengikut rombongan perniagaan bapa saudaranya...

Diceritakan juga bapa saudara yang nabi kasihi dan diratapi kematiannya kerana tidak mati dalam kalimah tauhid (walaupun nabi kerap berdakwah face to face kepadanya), mendapat keringanan azab pada setiap hari isnin kerana banyak membela nabi sepanjang kehidupannya...wallahulam..

Sememangnya telah direkod di dalam Quraan yang marhumnya, katakanlah wahai Muhammad, jika kamu mecintai ALLAH maka ikutilah aku (Muhammad)...

insyalah semoga Allah beri kita kekuatan mengikuti sunnah-sunnahnya...dan dibangkitkan bersama-samanya di padang mahsyar kelak...

Maksud hadis, kelak di akhirat kamu akan dibangkitkan bersama kaum yang kamu ikuti di dunia...

siapa idola kita atau ikutan kita, bersama orang itulah kita akan dibangkitkan nanti...begitulah satu pesanan ustaz yang aku dengar...

Wallahulam...

Monday, March 2, 2009

Nice Guy Finish Late...???

emm terpaksa balik lambat lagi hari ni...taip blog ler...apa lagi kan..

Semacam jer tajuk entry ni yer gamaknya...sebenarnya ada terbaca artikel ni dalam satu webpage...menceritakan betapa ramai lelaki yg 'baik' kahwin lambat....itu dari kaca mata mat saleh...nice guy dikategorikan sebagai boring dan kurang menarik perhatian...

tetapi masa zaman kuliah aku dulu...kebanyakan lelaki yg ada imej islamik akan berkahwin awal...aku memang tabik spring kat dia orang...malam tadi kebetulan aku pergi Bangi dan singgah solat di masjid UKM....terbaca satu poster, "Kahwin awal: Bahagia atau Derita" begitu ler tajuk satu program ala2 ehwal islam di kolej Ibu Zain...

kahwin awal memang perlu komitmen yg tinggi....namun mereka adalah orang2 yang dimuliakan ALLAH kerana sanggup berkorban demi menjaga kehormatan diri...

Malam tadi sampai lewat di rumah...sempat tengok rancangan halaqah di tv9...satu point dari ustaz Badri Shah yang diingat ialah...cinta itu bukan perbuatan tetapi satu perasaan...kalau bercinta sebabkan selalu berdating, pegang sana pegang sini...itu dah dinamakan nafsu...cinta adalah perasaan sebab orang ihklas bercinta akan ada niat di hatinya untuk berkahwin dengan orang yg dia berkawan...begitulah kata ustaz tersebut...

Ok waktu rehat dah nak habis...sambung kerja semula....