Kuliah zohor berkisar tentang kisah Talut dan Jalut
1. Direkod dalam surah al-baqarah ayat 246 hingga 254
2. Pada awalnya terdapat ramai bala tentera talut yang ikut berperang menentang tentera jalut.
3. Allah uji mereka dengan sebatang anak sungai, mereka tidak dibenarkan meminumnya, hanya boleh mencedok dengan satu cedokan tangan sahaja...apabila sampai di sungai ramai yang telah minum sepuas-puasnya akibat kehausan, cuma sedikit sahaja yang tidak berbuat demikian..golongan yang sedikit amat yakin kepada ALLAH, mereka dikatakan seramai 313 orang (Jumlah yang sama ketika Perang Badar, dan jumlah yang sama ini jugalah golongan yang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi, begitulah disampaikan oleh ustaz, wallahulam)
4. terdapat doa yang boleh diamalkan daripada kisah ini...
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
Ayat 250 surah Al-Baqaroh...
5. Ustaz juga ada menyentuh tentang bilangan para nabi yang diutuskan oleh ALLAH ke muka bumi ini...terdapat sejumlah 124 ribu nabi yang telah diutuskan, para sahabat nabi juga berjumlah 124 ribu...Wallahulam..
No comments:
Post a Comment