Dengan nama Allah yang maha pemurah...
Mungkin secara kebetulan sahaja..atau pun mungkin memang anugerah dari ALLAH...Semalam KL panas...malam tadi KL panas sampai berpeluh aku...yer ler rumah flat aku x der air cond...
Sejak zaman kuliah dahulu aku mula perasan bila apabila tiba hari kelahiran nabi, keadaan cuaca akan redup, mendung atau hujan...cuaca yang cukup selesa..sekurang-kurangnya untuk aku sorang....bukankah hujan itu satu rahmat...Sudah menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W akan berdoa setiap kali hujan mula turun...
cuaca hari ini agak berbeza dengan hari sebelumnya yang panas dan kurang selesa sedikit (x elok merungut banyak sangat, Allah x suka)...ni mungkin perasaan aku sorang jer...
Nabi Muhammad S.A.W, memang pembawa rahmat ke sekalian alam...diceritakan seorang rahib kristian dapat mengenalpasti tanda-tanda kenabian baginda melalui kehadiran awan yang memayungi banginda semasa mengikut rombongan perniagaan bapa saudaranya...
Diceritakan juga bapa saudara yang nabi kasihi dan diratapi kematiannya kerana tidak mati dalam kalimah tauhid (walaupun nabi kerap berdakwah face to face kepadanya), mendapat keringanan azab pada setiap hari isnin kerana banyak membela nabi sepanjang kehidupannya...wallahulam..
Sememangnya telah direkod di dalam Quraan yang marhumnya, katakanlah wahai Muhammad, jika kamu mecintai ALLAH maka ikutilah aku (Muhammad)...
insyalah semoga Allah beri kita kekuatan mengikuti sunnah-sunnahnya...dan dibangkitkan bersama-samanya di padang mahsyar kelak...
Maksud hadis, kelak di akhirat kamu akan dibangkitkan bersama kaum yang kamu ikuti di dunia...
siapa idola kita atau ikutan kita, bersama orang itulah kita akan dibangkitkan nanti...begitulah satu pesanan ustaz yang aku dengar...
Wallahulam...
No comments:
Post a Comment