Assalamualaikum,
terasa rugi sebab banyak kuliah, taklim, bayan dan tazkirah yg didengar tak sempat dicatitkan semula di dalam blog ni...insyaallah sekadar yang teringat akan ditulis...ini adalah untuk kebaikan diri sendiri gak...sebab saya ni memang jenis pelupa...
harap sesiapa yg tersasul ke blog ni boleh berkongsi ilmu dengan saya yg banyak melakukan dan mengulangi kesalahan dan kurang ilmu ni....
3 comments:
Salam,
Aku pun nak tumpang sama-sama ya ilmu kau tu. Ada benda sikit aku nak kongsi jugak. Dalam nak buat benda baik ni, ada 3 penyakit yang selalu mengganggu amal-amal kita tu.
1.Malas -penyakit ni selalunya datang sebelum kita nak buat amal tu. Niat dah ada, tapi bila penyakit malas tu datang, macam-macam alasan datang.
2.Riya’-penyakit ni selalu datang time kita tengah buat amal tu. Mengharap pujian dan perhatian manusia berbanding mengharap redha Allah. Tanda-tanda penyakit ni, gembira dengan pujian dari orang lain, tapi bila orang kritik, selalunya dia akan melenting, ataupun bagi ayat-ayat yang sangat defensive sifatnya, tanpa merasa ingin memperbetulkan diri based on kritikan orang lain itu.
3.Ujub -Penyakit ni selalunya datang selepas kita buat amal tu. Tanda-tanda penyakit ni, kita rasa kita ni dah sangat bagus dapat buat amal baik tu dan merasa orang lain kurang bagus dari kita sebab tak buat amal baik tu.
Tapi, jangan pulak behenti buat amal sebab takut dengan penyakit-penyakit ni. Itu putus asa namanya.
Selepas buat amal yang baik selalulah berdoa, ya Allah, jauhilah aku dari riya’ takbur, ujub dan sombong.
Ada satu link blog aku nak kongsi. Dia ni kira blog idola akulah sekarang. Enjoy…http://muhdkamil.net/kehidupan/
wsalam,
aku pun ader terfikir gak dan memang buat jadi serba salah, bila berkongsi ilmu nanti, takut beberapa perkara:
1) Takut riak, yer ler sebab dapat perhatian, atau bila dapat pujian, rajin nyer dia ni, bagusnyer dia ni.
2) Takut tak ikhlas, rasa nak menunjuk2 kononnya saya ler paling tahudan paling pandai.
3) Takut salah sampaikan ilmu, sebarkan perkara yang tak betul
Memang manusia tak lari dari kesilapan, harap ALLAH ampunkan kesalahan saya jika ader terdetik di hati ini...
tapi memang rasa rugi gak jika ilmu yg saya ader tu x dikongsi atau punterus luput dari ingatan..
terima kasih kerana mengingatkan, tiada manusia yg sempurna...
Salam,
Eh, aku bukan bagi peringatan sangat pun. Cuma nak kongsi ilmu seciput yang aku ade je lah. Aku takde blog nak kongsi ilmu. Aku tumpanglah mana-mana blog yang murah hati bagi aku tumpang. Yo.. terus menulis bro!
Post a Comment