Monday, October 27, 2008

Serba sedikit Perang Uhud

Source: Kuliah Zohor
Location: KL
Tarikh: Syawal 2008

Satu kuliah yang menarik yang disampaikan oleh seorang ustaz...Aku cuba type semula apa yang ingat, inilah akibatnya apabila lambat merekod apa yang didengar, banyak points yg dah terlupa..lagi pun aku masuk surau time tu lambat sikit, kuliah dah start pun.

beliau menceritakan, bagaimana sebelum perang berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah mendapat mimpi mengenai peperangan ini. Dalam mimpi tersebut beliau telah mendapat gambaran beberapa orang sahabat yang dikasihi mati shahid.

Peperangan ini berlaku antara penduduk islam di Madinah dan musyrikin Mekah

Dalam peperangan ini seramai 70 orang sahabat telah gugur shahid. antaranya bapa saudara nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hamzah..

Ada satu kejadian yg terjadi selepas peperangan itu tamat, para sahabat hairan apabila didapati satu jenazah sahabat telah disirami air dari langit, jenazah tersebut hampir tidak dapat dikenal pasti kerana kedahsyatan perang yang telah berlaku, seorang wanita muslim telah mengenal pasti jenazah tersebut berdasarkan tanda pada kaki...beliau adalah Hanzalah, Nabi Muhammad terus pergi ke rumah Hanzalah dan bertanya kepada isteri Hanzalah,

isterinya telah menceritakan mereka baru diijabkabulkan, dan telah bersama pada malam sebelum perang, apabila paluan perang dilaungkan pada awal pagi, Hanzalah tidak sempat mandi Hadas besar dan terus menyahut seruan perang untuk berjidah di jalan ALLAH....

Nabi mengatakan, bahawa air yang turun dari langit tersebut adalah air siraman dari Malaikat untuk memandikan jenazah Hanzalah yang telah shahid....

Sedih juga bila dengar cerita ni, tentang perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat...

marilah kita semua berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W, ke atas Ahli Keluarganya dan Para Sahabat baginda sekalian.....



note: sebarang teguran adalah dihargai.....

4 comments:

rossees said...

mashaAllah...subhanAllaah...
hanzalah...

yang buku 'in the early hours' tu saya baca malalui skrin komputer je...rasanya kat malaysia buku tu xda. kat UK ada kawan saya cakap..buku 'life is an open secret' banyak kat MPH..sekarang dah keluar yang warna pink edisi ke2 punye..blog penulis life is an open secret, sis.zabrina: wisdomthruwords.blogspot.com

terima kasih....

Unknown said...

rindu aku pada jiwa seperti hanzalah.....

mana jiwa itu hilang dalam umat islam sekarang? ;-(

sapesape said...

Salam

Cerita pasal dia ni ada dilagukan Rabbani. Memang rasa nak nangis la bila dengar.
Ni lagu dia:http://www.truveo.com/HANZALAH-RABBANI/id/3714028073

lirik dia kat sini:
http://alperes.tripod.com/nasyid/rabbani_handzalah.htm

van qif said...

terima kasih pada pengomen di atas...

ada satu malam minggu lepas, sesudah makan malam after solat insyak,...aku bilik satu buku cerita kanak kanak tentang kisah para sahabat..buku ni aku kutip kat tempat pembakaran semasa ada satu gotong royong..

Dari cerita tu, baru aku paham kenapa ada jenazah yg shahid sangat teruk keadaannya..ini kerana setelah perang uhud tamat..para wanita musyrikin mekah telah masuk ke kawasan perang, mereka telah menyeksa mayat, ada telah dipotong telinga, ada yg dikeluarkan biji mata ada yg dibelah dada (hal ini terjadi kepada saidina hamzah), sebab itu setelah orang islam kembali semula ke medan perang untuk mengebumikan para shahid ada jenazah tidak dapat dikenal pasti contonhnya Hanzalah...wallahulam...