Sunday, November 16, 2008

apa dia kategori ulama'?

Alhamdulilah, hari ni ustaz bahasa arab ada datang ke surau setelah lebih dua bulan kami bercuti...huhu.."Ya ustaz Nahnu Saii'dun Li Rukyatika"...

dan sebelum maghrib tadi aku sempat gak buat sedikit usaha agama..semoga Allah terima..walaupun ptg tadi agak tak bersemangat sikit.Boring? Takut jumpa orang garang? Bosan? Down?...arghhh...mungkin disebabkan kepenatan setelah merempit berjam-jam dari kampung ke KL dan juga menempuh hujan yg agak adventure tu...ish keje dakwah ni mana boleh boring dan down...tapi aku hanya manusia biasa...semoga Allah terima usaha aku yg tak seberapa ni...kepada sesiapa yg tak boleh terima kerja dakwah sebegini harap jangan pandang hina usaha sebegini...Nak ngajar kuliah kat surau aku tak mampu...semoga Allah jadikan mata, tangan, kaki, pemikiran dan setiap inci tubuh kita patuh pada perintahnya....

Dalam kelas tadi kami masih belajar bab Jamak Taksir...jamak bagi Aa Lim ialah Ulama'....maka ustaz pun menceritakan tentang pendapat seorang Ahli Fatwa Arab Saudi tentang katogeri ulama.."murid2 menurut sheik Solih Musaimin, ulama dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Ulama' Awam,(ulama ni banyak bercakap kat kedai kopi, cakap kalahkan ulama' bosar..gelak ustaz...hihihi), Ulama' Hukumat (ulama' kerajaan) dan Ulama' Ad din (ulama yg tidak terikat pada kerajaan/bebas)...

Kemudian aku tiiba2 teringat ada satu ceramah kat tempat kerja aku...Ustaz tu juga beri katogeri ulama' gak...iaitu Ulama' Muktabar, Ulama' Suk (Ulama' Jahat) dan Ulama' Bisu..

Aku kadang2 risau gak, adakah orang yg tahu ilmu agama yg sedikit ni, turut dikelasifikasikan sebagai ulama'...aku bukan lah nak sangat title Ulama' tu, sebab tanggungjawabnya sangat berat..tetapi diceritakan di padang mahsyar nanti, terdapat sekumpulan ulama' terlebih dahulu dicampakan ke dalam api neraka berbanding dengan penyembah berhala....maka kumpulan ulama' tadi pun tanya pada Allah kenapa jadi begitu...Kemudian soalan tadi pun dijawab..Tidak sama dosa orang yang tahu dengan dosa orang yg tidak tahu..

Realitinya, kadang2 kita tahu itu salah ini tak betul...tetapi kita masih lakukannya...semoga Allah beri aku hidayah dan dijauhkan dari azab api neraka....

Pesanan penting untuk diri aku...agar aku sentiasa bersangka baik pada semua Ulama', tak kisah lah di kerusi mana mereka duduk...

kelas bahasa arab tamat sebelum insyak...insyallah ada rezeki dan panjang umur belajar lagi...
lepas insyak sempat tengok kejap halaqah tv9 sebelum acara siaran langsung kat pantai remis tu black outt..huhuhu

4 comments:

sapesape said...

Salam,

Aku ada benda nak tanya pendapat tentang dakwah ni. Macam ni, aku bekerja di kelilingi non muslim. Macam mana nak berdakwah dengan mereka ya. Sebelum ni aku di kelilingi suasana Islamik sahaja. Jadi aku dah biasa hidup dalam comfort zone. Tetiba bila masuk alam pekerjaan ni, aku jadi cultural shock sebab dikelilingi non-muslim (ada jugaklah muslim, tapi sikit). Bos aku, kawan2 aku semuanya sangat2 baik dan menyenangkan. Aku sangat2 sayang kat diorang. Tapi aku rasa sedih membayangkan kalau diorang mati dalam kedaan tak kenal tuhan yang sebenar, aku terbayang2 mereka diazab. Jadi aku rasa sangat nak kenalkan tuhan yang sebenar pada diorang, tapi aku tak tahu macam mana, bila, dalam keadaan apa, arrgghh.. macam2 lagi lah. Ditambah lagi dengan prestasi kerja aku yang masih peringkat novice, nak dibandingkan dengan diorang yang sangt2 terror, aku jadi lemah dan rasa tak layak untuk berdakwah. Aku selalu berdoa semoga Allah bagi peluang pada dorang kenal tuhan yang sebenar iaitu Allah.. Bolehka berdoa macam tu? Cukupkah sekadar macam tu? Sekarang ni aku tengah struggle nak jadi pekerja cemerlang nak tunjuk penganut Islam adalah bagus. Fuhhh.. Susah woo... Sebabnya nak kejar diorang yang bukan sahaja bijak giler2, bahkan sangat rajin dan berdisiplin.. Apa pendapat kawan2 semua..?

p/s: Last parag entri kau ni ada tulis insyak. Insyak tu nama lain bagi Isyak ke? Ke, typo? Aku tanya ni memang nak tau, sebab tak pernah dengar orang panggil Isyak tu insyak.

van qif said...

w'salam...

memang susah nak dakwah kepada non muslim...tambahan pulak kalu diri sendiri macam aku ni x sebagus mana...nak dakwah sesama muslim pun bosar cabarannya, ini kan pula non muslim...

diceritakan pada zaman nabi dan sahabat dahulu..orang bukan islam akan datang ke mekah, sebab curoius tentang islam, setelah 3 hari memerhatikan semua orang islam dan cara hidup mereka,org tersebut masuk islam kerana melihat akhlak tinggi orang muslim...wallahualam

rossees said...

hmm..so ulama' ada berapa kategori sebenarnya?

van qif said...

aku x sure yg katogeri muktabar, suk, dan bisu bersanadkan hadis atau tidak..tetapi tiga katogeri ni sering disebut di mana2 ceramah..wallahulam...