Friday, November 7, 2008

warna warni alam student...

pernah terdetik dalam hati masa sekolah dulu...masa tu baru masuk alam remaja..hihi bernostalgia ler plak..time tu boleh dikatakan masalah remaja baru nak muncul, dan mendapat di tempat dada akhbar, kes itu dan ini, remaja buat itu, remaja buat ini..macam-macam ada...(macam ler diri sendiri baik sangat hihihi)

time rasa tertekan jugak....rasa macam putus asa..ader ke lagi golongan remaja yang baik-baik di Malaysia ni...ader ker lagi remaja yang taat pada perintah ALLAH...kalu semua jadi ntah apa2 buat itu dan ini...so x kan aku sorang2 jer yang x buat itu dan ini (ish perasan bagus lagi)...Yer ler kalu semua dah masuk lubang biawak tu macam seronok jer...aku plak??

Namun begitu setelah keluar dari sekolah dikampung (keluar dari tempurung kelapa) dan merantau belajar di tempat lain...baru aku sedar bahawa ada jugak sekumpulan pelajar yang berakhlak mulia, di luar pemikiran aku pada masa tu...memang tak sangka ader segolongan student yg berpegang teguh pada agama dan jaga adab adab agama...ader juga segolongan student yg buat dakwah pintu ke pintu, ada juga sekumpulan pelajar yg berlainan jantina apabila nak berbincang sesuatu perkara bercakap disebalik tirai...wow...memang x terbayang di fikiran aku masa alam sekolah menengah...Aku ucapkan taniah kepada parents atau ustaz mereka yg didik diorang jadi macam ni...

Rupernya ALLAH masih sayang lagi kat orang Malaysia ni...semoga segala usaha ko orang, tak kira lah macam mana teknik tarbiah, tamrin, keluar dakwah beberapa hari dan macam-macam lagi aliran pemikiran islam...akan mendapat rahmat ALLAH...Aku rasa syukur sangat sebab ader insan2 mulia macam ko orang ni....

Namun harap bila dah habis alam student, kekalah istiqamah dalam perjuangan ko orang...dah masuk alam bekerja ni, cabaran memang cukup tinggi...ada yang tertewas dan tetap maintain..
Aku memang x layak komen bab ni...siapa la aku ni...cuma insan biasa yg kadang2 tersyasyul...huhuhu....

Kehadiran blog2 ko orang yg bernafas islam benar2 membantu aku dan yg lain2...walaupun ada yang kurang setuju dakwah secara blog...tetapi ulama mengatakan penulisan juga adalah satu bentuk dakwah....dan ulama menegur kepada penulis yang tak amal apa yang ditulisnya..ini menunjukkan penulisan juga ada beri kesan sedikit sebanyak kepada pembaca..tetapi tidak dinafikan dakwah face to face memang paling berkesan ke pintu hati..Allahu'alam

Kepada semua yg sedang menghadapi exam, stay focus...May ALLAH Help U All...Yakini pertolongan ALLAH...Kepada budak2 sekolah, selamat cuti sekolah x lama lagi..aku pon rasa macam nak cuti sekolah gak walaupun dah tak sekolah tapi ye la dah tua...

5 comments:

sapesape said...

Salam,
Pengalaman menjadi guru ganti mengajar saya betapa mencabarnya mendidik remaja. Salah siapa bila pelajar tak lagi menghormati guru. Salah ibu bapakah, gurukah, masyarakatkah, atau pelajar itu sendiri. Menurut ibu saya yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun (range umur pelajar 7 – 12 tahun), kebanyakan pelajar yang bermasalah adalah disebabkan oleh keluarga yang bermasalah. Kiranya, masalah disiplin tu mungkin disebabkan perasaan memberontak. Dan terdapat perbezaan sikap pelajar dahulu dan sekarang dari segi hormat kepada guru.
Tapi saya teringat kisah arwah nenek saya yang dari alam kanak-kanak lagi tak langsung mendapat kasih sayang ibu. Hidup dengan ibu tiri yang hampir sebaya, (dulu arwah bapa kepada nenek berkahwin dengan perempuan yang sangat muda yang hampir sama umur dengan anak perempuannya setelah isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak), tak ada langsung tempat untuk bermanja, tapi tak adalah pulak nak memberontak macam budak-budak sekarang(alhamdulillah..). Bahkan mengajar dia berdikari dan tetap sayang pada mak tiri dia. Anak-anak sekarang, terlebih dijaga, dikatakan mengongkong, tak dijaga dikatakan kurang kasih sayang pulak.. Aduhh.. Kesan teknologi agaknya.
Pada saya masalah tak menghormati guru ni kebanyakannya berpunca dari sikap ibu bapa yang tak menghormati guru yang mengajar anaknya. Yelah, zaman dulu kerjaya guru ni sangat dipandang tinggi. Zaman sekarang, pelajar pun rasa, mak bapak aku punya kerja lagi bagus dari kerja cikgu ni. Situasi yang selalu berlaku, kalau anak tak pandai, sebab cikgu tak pandai ajar. Kalu anak pandai dan berjaya, sebab memang budak tu yang pandai. Aduhh.. kasihannya cikgu.
Tapi tak dinafikan mungkin juga disebabkan oleh guru yang tak ada jiwa pendidik dalam dirinya. Kerjaya cikgu disebabkan oleh tak dapat peluang kerjaya lain, kiranya jadi kerjaya pilihan terakhir. Jadi buat kerja pun nak tak nak. Tak suka berhadapan dengan murid yang lembab dan bermasalah. Dia nak semua murid terus pandai dengan sekali ajar. Ramai juga cikgu macam ni. Cikgu macam ni elok dihantar ke sekolah yang ada masalah disiplin yang tinggi biar dia rasa macam mana nak hadap murid yang bukan saja tak pandai, tapi memang tak ingin jadi pandai dan tugas mengajar 90% adalah mengawal kelas.
Apapun, ramai lagi yang remaja yang baik-baik..
Macam-macam kisah zaman remaja, lain zaman lain kisahnya. Trend remaja zaman 50- 70-an menghasilkan kepimpinan yang kita tengok sekarang, macam manalah agaknya hasil trend pendidikan 80-an - milenium nanti?
Alamak, macam dah lebih-lebih dari entri pulak :).

van qif said...

w'salam..

Thanks atas comment, x per, komen panjang pun bagus jugak..setiap orang perlu main peranan masing2 supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk..x kisah what ever your aliran, as long you can contribute something is Islam..may Allah shower us with his light....

rossees said...

masalah disiplin; punca memberontak? teknologi? banding dengan zaman dulu... mmm... bagi saya semua orang nak jadi baik tapi susah... lain lar kalau dari kecil dah memang jadi budak baik... lagi satu susah sebab dah ada group kawan2 tersendiri, takut kawan lari plak lepas tu... bagi sy, cikgu didik je lar mereka... tak perlu tengok disiplin mereka.. good post:

http://muhdkamil.net/kehidupan/2008/11/19/hati-nurani/

http://my.opera.com/azmibhr/blog/2008/10/29/dimana-kebahagiaan

sy kagum sedikit dengan mereka.. juz to share..

salaam

van qif said...

Thanks for sharing..yup..beruntung siapa yang ada parents yg telah didik sebaiknya semenjak kecil...semoga kita semua mendapat taufik, hidayah dan inayah daripada yang Maha Esa...

cLoVer4miza said...

Salam,

Menarik blog ni, mcm baca diary.. Saya pernah mengalami pengalaman yang hampir serupa.. Terlalu pjng untuk diceritakan..

Tapi yang pasti apabila dah keluar daripada tempurung, merantau mencari ilmu, barulah kita tahu warna-warni sebenar kehidupan..