Tuesday, March 31, 2009

adik sayang oii

Alhamdulilah...ALLAH izinkan juga aku kuar bulan ni...risau gak sebab takut miss...Memang betul ler...ALLAH beri respon terhadap apa yang kita risaukan dalam hati...Satu jemaah tujuh hari tiba2 singgah surau aku...so pucuk dicita ulam mendatang...

Kali ni join jemaah yang bawak student skolah menegah biasa dan juga sekolah rendah...Usaha ini memang tak kenal lapisan usia atau pun pangkat..

"Ustaz cuba check Fatihah saya"...huhuhu...adik sayang oii...aku bukannya ustaz...itulah permintaan seorang adik sekolah rendah (anak yatim)..tapi alhamdulilah...boleh gak berkongsi ilmu yang sedikit ni...semoga sejuk roh ayahnya..Bila keluar macam ni insyaallah kita dapat belajar dan mengajar (err maksud aku berkongsi ilmu)...

Malam, time nak tido tu lagi syahdu...adik tu baca kuat2"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-nar"...kami yang lain2 cuba control gelak di bawah selimut masing...budak2 kecik pun kene di 'ikram' kan beb...

Masa kuar ni jugak ALLAH izinkan kami berjumpa ngan student2 Medic semasa buat khususi..bagus diorang...menerima kehadiran kami dengan penuh minat walaupun sibuk pulun sebab nak exam...semoga Hidayat ilahi tersebar ke seluruh alam..

Pesanan kepada adik2 ni dan diri sendiri jugak supaya dapat jaga solat..insyallah...

2 comments:

shuhada said...

Salam,

Semoga bilangan remaja sebegini akan bertambah dan terus bertambah mengatasi bilangan remaja liar yang hilang arah.

van qif said...

wsalam...

sebenarnya kerja dakwah cara nabi ni jatuh ke atas setiap individu muslim...cuma kelemahan diri saya dan ramai umat islam...menyebabkan kerja ni terhenti dan mengakibatkan umat menderita di seluruh alam..

semoga ALLAH pilih kita semua jadi pembantuNYA...sebagaimana Nabi Isa bertanya siapakah yang ingin menjadi pembantu2NYA...

wallahualam