Monday, March 2, 2009

Nice Guy Finish Late...???

emm terpaksa balik lambat lagi hari ni...taip blog ler...apa lagi kan..

Semacam jer tajuk entry ni yer gamaknya...sebenarnya ada terbaca artikel ni dalam satu webpage...menceritakan betapa ramai lelaki yg 'baik' kahwin lambat....itu dari kaca mata mat saleh...nice guy dikategorikan sebagai boring dan kurang menarik perhatian...

tetapi masa zaman kuliah aku dulu...kebanyakan lelaki yg ada imej islamik akan berkahwin awal...aku memang tabik spring kat dia orang...malam tadi kebetulan aku pergi Bangi dan singgah solat di masjid UKM....terbaca satu poster, "Kahwin awal: Bahagia atau Derita" begitu ler tajuk satu program ala2 ehwal islam di kolej Ibu Zain...

kahwin awal memang perlu komitmen yg tinggi....namun mereka adalah orang2 yang dimuliakan ALLAH kerana sanggup berkorban demi menjaga kehormatan diri...

Malam tadi sampai lewat di rumah...sempat tengok rancangan halaqah di tv9...satu point dari ustaz Badri Shah yang diingat ialah...cinta itu bukan perbuatan tetapi satu perasaan...kalau bercinta sebabkan selalu berdating, pegang sana pegang sini...itu dah dinamakan nafsu...cinta adalah perasaan sebab orang ihklas bercinta akan ada niat di hatinya untuk berkahwin dengan orang yg dia berkawan...begitulah kata ustaz tersebut...

Ok waktu rehat dah nak habis...sambung kerja semula....

4 comments:

azharjaafar said...

bila lagi?

van qif said...

insyallah tahun depan kot...aku konpius lar..konsep jodoh ni...benda tu datang bergolek ker atau kene usaha jugak...poning kepalo eden...

burtuqol said...

rezeki, ajal, jodoh kan dah ditetapkan, kene yakin sebenar-benar yakin yang tu.
masa bayan dulu selalu pesanan; yang saya ingat sangat ialah yang bagi kita duit ni bukan pekerjaan kita tapi Allah. Yang sihatkan kita bukan ubat tapi Allah. 2 orang mengidap sakit yang sama; makan ubat yang sama dan dirawat dengan doktor yang sama tapi sorang ditakdirkan hidup dan sorang tu ditakdirkan mati.

jodoh bukan datang bergolek dan bukan mesti diusahakan. sebagai hamba yang patut kita usahakan ialah mencari Allah mendapatkan iman. semua yang disekelilingkan ni hanyalah asbab utk kita jadi orang yang bersyukur atau kufur dengan nikmatNya.


Hati2, takut-takut nanti kita perasan yang sebabkan usaha kita Allah temukan jodoh untuk kita. Apalah sangat usaha manusia untuk mendahului ketentuan Allah!

barang kita hilang, kita pun usaha untuk mencarinya. dan malang akhirnya tak jumpa lalu kita cakap "Allah tak izinkan kita jumpa". tapi bila barang hilang, kita mencarinya dan akhirnya jumpa... dan kita akan terlupa dengan Allah, kita akan cakap "nasib baik aku cari...jumpa pun!"

hakikatnya ia akan jumpa kalau kita cari atau pun tidak kan? dan ia tetap menjadi barang hilang kalau kita mencari dan tak mencari jugak... semuanya atas ketentuan Allah.

Biasa dengarkan sahabat kalau tak ada makanan dia akan solat sunat, bukan pergi cari makanan. tapi bersolat untuk mengadap Allah sebab itulah tujuan hidup.

van qif said...

tuan memang benar...memang pelik...tapi benar..thank you