sesuatu yg menarik telah terjadi sabtu lepas...aku pun tak tahu benda ni akan terjadi..dah memang Allah takdirkan...hihi...aku telah dilantik menjadi saksi no.2 dalam majlis akad nikah mak sedara aku...nak tersengih pun ada time jadi saksi tu...tapi bila fikirkan benda ni syariat Islam aku berjaya seriouskan muka aku yg dah tersipu-sipu time tu...huhuhu
Tapi ape aku nak share kan di sini ialah isi khutubah kahwin, 1st time aku time kat negeri X, ada baca kutbah kahwin...negeri lain aku x sure..
antara isi kandungannya ialah, perkahwinan adalah sunah nabi, nabi telah bersabda, maksud hadis: perkahwinan itu adalah sunahku, dan sesiapa yang menolak sunnahku bukan lah pengikut ku..(sori aku tak tahu siapa yg riwayat hadis ni).
bila aku dengar hadis tersebut, terasa ler gak, Ya Rasulku insyaallah suatu hari nanti bila sampai waktunya diizinkan ALLAH aku akan berkahwin gak...
Dalam kutubah tu jugak disebut bahawa lelaki jangan lah berkahwin wanita atas sebab rupa paras kerana rupa paras akan binasa, dan juga berkahwin atas dasar harta benda wanita kerana lelaki tersebut akan binasa kerana kesombongan wanita tadi...maka berkahwinlah atas dasar agama walaupun wanita tersebut hanya seorang hamba yang hitam...Lelaki juga diingatkan supaya perkahwinan bukanlah tujuan untuk berseronok2...tetapi untuk mendapat kan zuriat dengan cara yg halal kerana Nabi Muhammad suka ummatnya yang ramai...(aku nanti dapat berapa orang anak ye...mula ler tu....hahaha)
katib khutbah tu (wali hakim) juga membaca bahawa seorang suami haruslah bertolak ansur dan bertanggungjawab dan isteri plak haruslah mematuhi perintah suami selagi mana ia tidak melanggar syariah islam.
Jika sebarang masalah berlaku antara suami isteri, perlu lah diselesaikan dengan cara paling berhemah....namun begitu seelok-eloknya elakkan bercerai, kerana perkara halal yang paling dibenci ALLAH ialah penceraian...nauzubillah min zalik...
dalam majlis tu pengantin lelaki tersasyul ketika lafaz akad nikah...memang thrill gak time tu, hihihi..alhamdulilah kali ketiga barulah saksi no.1 dan aku puas hati...Ya Allah, aku nanti berapa kali ler plak yer gamaknyer....mmmm
mmm dah lewat ni...kejap lagi nak tido...sebelum tu aku nak share satu ayat quraan, satu motivasi buat aku dan juga lelaki2 bujang trang tang tang diluar sana:
"Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya." surah An-Nuur petikan ayat 33
4 comments:
Salam,
Tu arr...
kepada sape-sape yg lambat kawen, janganla menyesal sebab lambat kawen. Bersyukurlah dengan rahmat Allah akhirnya dapat kawen. Kalau nak menyesal, menyesallah sebab dah terbuat maksiat sebelum kawen. Ha, menyesal macam gitu barula betul.
Salam...
tapi kepada kaum adam, berusahalah semampumu, supaya kalian cukup persediaan dari aspek keimanan,akhlak,kepimpinan, dan segalanya..cuz indeed, u r leaders..
As Allah stated in Al-Quran,
"Arrijalu Qauwamuna 'Alannisa'..(ila akhir ayat..)"
Lelaki adalah pemimpin ke atas kaum wanita..
Allahua'lam..
waalaikumsalam
sesape
betul tu...banyak perkara yg boleh dorongkan kepada maksiat sebelum kahwin, semoga Allah jauhkan kita semua daripda perkara tersebut dan diteguhkan iman...
مرضيا تي محمد جا ميل
Bukan senang nak pegang tanggungjawab kan...tanggungjwab sebagai seorang mukmin, seorang rijal, seorang suami dan bapa, but dont expect too much, mr. perfect muslim??...Cuma kepada Allah lah tempat kami mengadu
assalamualaikum..
nice blog..refer pd luahan rasa 'Antara Taqwa dan Rupa'...Pilihlah krn agamanya walaupun ia hitam n pendek..kamu tidak akan menyesal memiliki pasangan yg beragama :) jemput ke blog ana http://www.rawdha-sakeena.blogspot.com
Post a Comment