Sunday, December 14, 2008

PERJALANAN HIDUP ku (part 1)

Salam,

Setiap orang ada sejarah kehidupannya yg tersendiri...aku pun begitu juga...tiba2 terasa nak di rekod kan apa yang aku masih ingat ke dalam blog peribadi ni...

Aku dilahirkan di waktu subuh di sebuah kampung yang permai nun di kawasan pendalaman yang di kelilingi bukit bukau yang berhutan tebal...Kesian mak aku yang telah bersusah payah mengandungkan aku selama lebih kurang 9 bulan...aku dilahirkan di awal bulan syaaban...alhamdulilah mak aku dapat berpuasa di bulan ramadhan yg berikutnya...

Aku masih menyukai hilly scenery di kampung ku...ada nilai estetika, terutama permandangan di awal pagi...kabus tebal meliputi bukit bukau yang mengelilingi kampung...bunyi burung2 berkicauan tanda mereka memuji ALLAH di awal pagi hari lagi...

Alhamdulilah seronok jadi budak kampung ni...

Memori aku yg terawal masih teringat hard disc di otak ni, may be ketika berumur 4 tahun kot..ingat lagi imej time tu walaupun x sepenuhnya, mak bapak aku may be nak kuar pergi somewhere...diorang x nak bawak aku..so didukung aku dan didodoikan aku dalam buaian, masa dibuaikan tu aku perlahan-lahan tertido..bila dah terjaga aku dapati parent aku dah x de di situ, dan aku nampak kakak aku sedang studi kat meja berdepan tingkap..inilah satu-satunya ingatan yang aku ingat bahawa aku pernah dibuaikan oleh mak aku ketika kecik cinonet dulu......thanks ALLAH...

bersambung....

Friday, November 28, 2008

fitnah wanita??

alhamdulilah minggu lepas ALLAH izinkan aku keluar belajar agama untuk beberapa hari...aku ni memang jahil, banyak lagi kene berlajar dan juga perlu dipraktikkan...tak sangka jemaah yg sebelum ni aku tengok dari luar sebagai golongan kurang ilmu agama, sebenarnya kaya dengan ilmu dan amal...Aku rasa bukan aku sorang saja yg berfikiran macam tu...

Banyak ilmu dan doa2 baru yg aku belajar...islam ni memang kaya dengan adab2 dan juga sunnah nabi yg patut dijadikan ikutan...

Aku baru baca satu entry yg menarik, keluhan seorang blogger mengenai cara gadis berpakaian...memang x dinafikan, lately, ramai gadis muslim suka menyarung pakaian yg mungkin pada pandangan mereka selesa dan menarik, may be?...tapi yg menjadi masalah ialah bila ia disarung ketat, so bile dah sendat...nampaklah bentuk itu dan ini...bila lelaki comment lebih2 nanti ko org kata lelaki gile seks ler, ketinggalan zaman ler, jumud ler..

Tapi ketahuilah jika ko org purposely pakai macam tu, dan lelaki terfikir bukan2, ko org dah menyumbangkan satu masalah baru kepada ummah...Yer ler lelaki yg yg ko org stimulate secara tak sengaja tu may be menjadi ancaman kepada gadis lain...tak ker ni menjadi fitnah..

Masa aku g kuar belaja agama hari tu, Amir Sab ada pesan, tundukkan pandangan apabila berjalan atau sofar, jika kita sedang berjalan (atau atas kenderaan) terlihat gadis berpakaian yg menyeksakan mata, cepat2 alihkan mata...dan cepat baca do berikut: Allah humma a'uzubika min fitnatin nisa' wa fitnati kubru wa fitnatil akhirat..

Jika kita terlihat secara x sengaja, itu dikira rezeki...hihihi yer ker...(x jugak rasanya yer ler berkecamuk otak dibuatnya, bagi org dah kahwin x per ler)..tetapi jika kita tengok semula gurls tu tadi, ini dah jatuh berdosa, tetapi cukup setakat istighfar...tetapi jika kita tengok semula gurls tu dengan tak berkebil2 dan kemudian tu pegi plak share cerita tentang apa yg dia tengok tu pada lelaki lain, ini lebih berdosa dan wajib dia memohon ampun secara solat taubat...Yer ler..sapa suruh ko pegi naik kan nafsu kawan ko yg lain dengan cerita mengarut ko org..

Apa2 pun semoga Allah lindungan kita dari fitnatun nisa'...

Friday, November 21, 2008

Tersesat di tengah highway...

Malam kelmarin aku telah tersesat di dalam hujan ketika hendak pergi menziarah seorang saudara yang sakit di sebuah hospital...Alhamdulilah hujan x ler selebat mana, tapi cukup untuk membasahkan pakaian aku yang naik kapcai ni...

Aku mula gerak pukul 6 lebih...niat di hati nak solat maghrib di destinasi yg dituju...petang di KL macam biasa jem yg sangat kronik...atau istilahnya bumper to bumper..ngan motor yang aku bawak, boleh ler mencelah-celah laksana mat rempit yg profesional...risau gak takut tercalar cat metalik keter mewah org @ terhentam side mirror...Alhamdulilah tu tak pernah terjadi lagi setakat ni, mintak dijauhkan....dalam al-quraan ada diajarkan doa naik kenderaan, memang mukjizat sungguh al-quraan ni...macam2 ada...maksud doa tersebut dalam bahasa melayu ialah: "Maha suci tuhan yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, sedangkan kami tidak mampu menguasainya, Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, Kami akan kembali"

in english

In order that ye may sit firm and square on their backs, and when so seated, ye may celebrate the (kind) favour of your Lord, and say, "Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves), "And to our Lord, surely, must we turn back!"

Ayat 13 dan 14 Surah Az-Zukhruf (ORNAMENTS OF GOLD, LUXURY)..

Ok kembali kepada cerita tadi, Aku telah perasan aku dah tersesat dari destinasi setelah aku "tawaf" kawasan yang sama lebih dari dua kali...aku dah mula risau sebab kat kawasan tu x kelihatan sebarang surau @ masjid...maghrib dah lama masuk...aku tanya kat mat-mat motor tentang tempat aku nak pergi...semuanya blur...uhhh...x per...

last2 aku decided untuk blah jer...the mission was aborted...huhuhu...lagi pun maghrib dah panjang, rasa bersalah pun ada..aku sepanjang jalan patah balik tu aku telah lalui beberapa stesen minyak...nasib baik ternampak petronas...sebab aku tahu biasanya stesen ni ada sediakan surau...alhamdulilah aku sempat solat maghrib secara berjemaah walaupun secara masbuk pada rakaat ketiga, imamnya abang yg bawak teksi...merdu suara dia baca surah...surau tu kecik jer, tapi aku cukup syukur sebab Allah beri kesempatan untuk mantain solat jemaah..alhamdulilah

Setelah selesai solat maghrib aku call abg aku, cakap dah tersesat...dia pun cerita ler..ko ikut jalan...bla bla..sekejap jer boleh sampai...oo yer ker...dia juga tak lupa supaya aku merempit dengan berhati2....sebelum start motor aku minum dulu air Nescafe Mocha yg dibeli di kadai mesra petronas, harapnya x mengantuk keti memandu...

On the way balik, aku telah terjumpa masjid bersebelahan pusat asasi UIAM...kebetulan time tu azan isyak sedang berkumandang...aku pun singgah solat...Terasa tenang di masjid ni...tak sangka masjid ni ramai makmum..cayalah adik2 student..semoga kita semua dapat istiqamah solat berjemaah sehingga sampai roh berpisah dari badan...

Imam masjid tu baca surah AL-baqarah, merdu dan lembut suara dia...memang masjid tu penuh...sesegar udara malam...mesti ALLAH bangga dengan para hambaNYA...

Selepas selesai solat, aku pun bertolak pulang ke rumah...mengenakan baju hujan sebab hujan dah rintik2 semula...sebelum sampai rumah aku singgah dulu beli nasi lemak favourite aku...letak lauk ayam goreng, sambal, kacang, telur setengah biji dan tak lupa mentimun...dan selepas tu terus balik rumah...memang malam tadi memenatkan..no wonder lepas maghrib tadi aku terpaksa tido sekejap, mengantuk tahap akut...tapi syukur dapat banyak pengalaman...

Sunday, November 16, 2008

apa dia kategori ulama'?

Alhamdulilah, hari ni ustaz bahasa arab ada datang ke surau setelah lebih dua bulan kami bercuti...huhu.."Ya ustaz Nahnu Saii'dun Li Rukyatika"...

dan sebelum maghrib tadi aku sempat gak buat sedikit usaha agama..semoga Allah terima..walaupun ptg tadi agak tak bersemangat sikit.Boring? Takut jumpa orang garang? Bosan? Down?...arghhh...mungkin disebabkan kepenatan setelah merempit berjam-jam dari kampung ke KL dan juga menempuh hujan yg agak adventure tu...ish keje dakwah ni mana boleh boring dan down...tapi aku hanya manusia biasa...semoga Allah terima usaha aku yg tak seberapa ni...kepada sesiapa yg tak boleh terima kerja dakwah sebegini harap jangan pandang hina usaha sebegini...Nak ngajar kuliah kat surau aku tak mampu...semoga Allah jadikan mata, tangan, kaki, pemikiran dan setiap inci tubuh kita patuh pada perintahnya....

Dalam kelas tadi kami masih belajar bab Jamak Taksir...jamak bagi Aa Lim ialah Ulama'....maka ustaz pun menceritakan tentang pendapat seorang Ahli Fatwa Arab Saudi tentang katogeri ulama.."murid2 menurut sheik Solih Musaimin, ulama dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Ulama' Awam,(ulama ni banyak bercakap kat kedai kopi, cakap kalahkan ulama' bosar..gelak ustaz...hihihi), Ulama' Hukumat (ulama' kerajaan) dan Ulama' Ad din (ulama yg tidak terikat pada kerajaan/bebas)...

Kemudian aku tiiba2 teringat ada satu ceramah kat tempat kerja aku...Ustaz tu juga beri katogeri ulama' gak...iaitu Ulama' Muktabar, Ulama' Suk (Ulama' Jahat) dan Ulama' Bisu..

Aku kadang2 risau gak, adakah orang yg tahu ilmu agama yg sedikit ni, turut dikelasifikasikan sebagai ulama'...aku bukan lah nak sangat title Ulama' tu, sebab tanggungjawabnya sangat berat..tetapi diceritakan di padang mahsyar nanti, terdapat sekumpulan ulama' terlebih dahulu dicampakan ke dalam api neraka berbanding dengan penyembah berhala....maka kumpulan ulama' tadi pun tanya pada Allah kenapa jadi begitu...Kemudian soalan tadi pun dijawab..Tidak sama dosa orang yang tahu dengan dosa orang yg tidak tahu..

Realitinya, kadang2 kita tahu itu salah ini tak betul...tetapi kita masih lakukannya...semoga Allah beri aku hidayah dan dijauhkan dari azab api neraka....

Pesanan penting untuk diri aku...agar aku sentiasa bersangka baik pada semua Ulama', tak kisah lah di kerusi mana mereka duduk...

kelas bahasa arab tamat sebelum insyak...insyallah ada rezeki dan panjang umur belajar lagi...
lepas insyak sempat tengok kejap halaqah tv9 sebelum acara siaran langsung kat pantai remis tu black outt..huhuhu

Wednesday, November 12, 2008

islam dan internet

tajuk intery ni macam bertaraf akademik jer...tapi sebenarnya tidak...cuma sedikit buah fikiran aku yang biasa ni dan juga apa yang aku pernah dengar dari pendapat orang lain tentang perkara ni...

Ada satu ceramah yg pernah aku dengar...ustaz tu cakap, siapa yang betul2 yakin dengan peristiwa padang mahsyar boleh jadikan internet sebagai satu contoh bagaimana mudahnya ALLAH nak trace balik apa yg kita buat kat dunia ni...contoh ejen carian google ni...sekali type keyword jer dan tekan enter, dalam masa 0.000 second akan keluar berjuta-juta maklumat...

mungkin ini dimaksudkan...Innallah ha sari'ul hisab...sesungguhnya hisab Allah tu sangat cepat...Yer ler, contohnya kalau Allah tanya apa aku buat pada pukul 7:30ptg hari rabu, 12.11.2008, x boleh tipu beb...time tu mulut dah terkunci...tak ker nayer kalu time tu Allah check sekejap jer dalam data base, dan didapati aku berada di panggung wayang ntah ngan awek mana....atau pun paling kurang pun time tu aku didapati lepak di kedai mamak sambil bincang urusan MLM...huhu...dan tak ker best kalu daripada data tu didapati pada time tu aku sedang sujud kepadanya di rumahNYA...aminnn

Ada satu kajian yg dijalankan oleh intelektual barat dan yahudi, tahun lepas kot...mereka mendapati orang islam sangat pandai menggunakan internet untuk tujuan agama @ pun terorist (kunonnyer)...so kengkawan islam aku yg baca blog ni...marilah kita teruskan menaip apa saja perkara yg berkait ngan islam @ nota agama..supaya manfaatnya bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk muslim yg lain..ayuhh...

Tetapi internet, seperti medium2 lain x lah seperfect yg kita mahu...bak kata seorang jemputan dalam satu program radio IKIM, internet seperti sebuah kota @ bandar...ada banyak lorong, ada lorong yg cerah, ada lorong yg gelap...ada banyak bangunan...ada masjid...dan ader tempat perlacuran...so berhati-hatilah nak masuk lorong mana...ohh..Ya ALLAH...lindungilah aku bila masuk ke kota ni...sampaikan aku ke lorong yg cerah2 jer hendaknya...

nak promote ni...cuba ko org time dalam google: you tube + child reciting quran...best nanti dapat dengar alunan merdu budak baca Ya sin..

Friday, November 7, 2008

warna warni alam student...

pernah terdetik dalam hati masa sekolah dulu...masa tu baru masuk alam remaja..hihi bernostalgia ler plak..time tu boleh dikatakan masalah remaja baru nak muncul, dan mendapat di tempat dada akhbar, kes itu dan ini, remaja buat itu, remaja buat ini..macam-macam ada...(macam ler diri sendiri baik sangat hihihi)

time rasa tertekan jugak....rasa macam putus asa..ader ke lagi golongan remaja yang baik-baik di Malaysia ni...ader ker lagi remaja yang taat pada perintah ALLAH...kalu semua jadi ntah apa2 buat itu dan ini...so x kan aku sorang2 jer yang x buat itu dan ini (ish perasan bagus lagi)...Yer ler kalu semua dah masuk lubang biawak tu macam seronok jer...aku plak??

Namun begitu setelah keluar dari sekolah dikampung (keluar dari tempurung kelapa) dan merantau belajar di tempat lain...baru aku sedar bahawa ada jugak sekumpulan pelajar yang berakhlak mulia, di luar pemikiran aku pada masa tu...memang tak sangka ader segolongan student yg berpegang teguh pada agama dan jaga adab adab agama...ader juga segolongan student yg buat dakwah pintu ke pintu, ada juga sekumpulan pelajar yg berlainan jantina apabila nak berbincang sesuatu perkara bercakap disebalik tirai...wow...memang x terbayang di fikiran aku masa alam sekolah menengah...Aku ucapkan taniah kepada parents atau ustaz mereka yg didik diorang jadi macam ni...

Rupernya ALLAH masih sayang lagi kat orang Malaysia ni...semoga segala usaha ko orang, tak kira lah macam mana teknik tarbiah, tamrin, keluar dakwah beberapa hari dan macam-macam lagi aliran pemikiran islam...akan mendapat rahmat ALLAH...Aku rasa syukur sangat sebab ader insan2 mulia macam ko orang ni....

Namun harap bila dah habis alam student, kekalah istiqamah dalam perjuangan ko orang...dah masuk alam bekerja ni, cabaran memang cukup tinggi...ada yang tertewas dan tetap maintain..
Aku memang x layak komen bab ni...siapa la aku ni...cuma insan biasa yg kadang2 tersyasyul...huhuhu....

Kehadiran blog2 ko orang yg bernafas islam benar2 membantu aku dan yg lain2...walaupun ada yang kurang setuju dakwah secara blog...tetapi ulama mengatakan penulisan juga adalah satu bentuk dakwah....dan ulama menegur kepada penulis yang tak amal apa yang ditulisnya..ini menunjukkan penulisan juga ada beri kesan sedikit sebanyak kepada pembaca..tetapi tidak dinafikan dakwah face to face memang paling berkesan ke pintu hati..Allahu'alam

Kepada semua yg sedang menghadapi exam, stay focus...May ALLAH Help U All...Yakini pertolongan ALLAH...Kepada budak2 sekolah, selamat cuti sekolah x lama lagi..aku pon rasa macam nak cuti sekolah gak walaupun dah tak sekolah tapi ye la dah tua...

Sunday, November 2, 2008

Khutbah Kahwin

sesuatu yg menarik telah terjadi sabtu lepas...aku pun tak tahu benda ni akan terjadi..dah memang Allah takdirkan...hihi...aku telah dilantik menjadi saksi no.2 dalam majlis akad nikah mak sedara aku...nak tersengih pun ada time jadi saksi tu...tapi bila fikirkan benda ni syariat Islam aku berjaya seriouskan muka aku yg dah tersipu-sipu time tu...huhuhu

Tapi ape aku nak share kan di sini ialah isi khutubah kahwin, 1st time aku time kat negeri X, ada baca kutbah kahwin...negeri lain aku x sure..

antara isi kandungannya ialah, perkahwinan adalah sunah nabi, nabi telah bersabda, maksud hadis: perkahwinan itu adalah sunahku, dan sesiapa yang menolak sunnahku bukan lah pengikut ku..(sori aku tak tahu siapa yg riwayat hadis ni).

bila aku dengar hadis tersebut, terasa ler gak, Ya Rasulku insyaallah suatu hari nanti bila sampai waktunya diizinkan ALLAH aku akan berkahwin gak...

Dalam kutubah tu jugak disebut bahawa lelaki jangan lah berkahwin wanita atas sebab rupa paras kerana rupa paras akan binasa, dan juga berkahwin atas dasar harta benda wanita kerana lelaki tersebut akan binasa kerana kesombongan wanita tadi...maka berkahwinlah atas dasar agama walaupun wanita tersebut hanya seorang hamba yang hitam...Lelaki juga diingatkan supaya perkahwinan bukanlah tujuan untuk berseronok2...tetapi untuk mendapat kan zuriat dengan cara yg halal kerana Nabi Muhammad suka ummatnya yang ramai...(aku nanti dapat berapa orang anak ye...mula ler tu....hahaha)

katib khutbah tu (wali hakim) juga membaca bahawa seorang suami haruslah bertolak ansur dan bertanggungjawab dan isteri plak haruslah mematuhi perintah suami selagi mana ia tidak melanggar syariah islam.

Jika sebarang masalah berlaku antara suami isteri, perlu lah diselesaikan dengan cara paling berhemah....namun begitu seelok-eloknya elakkan bercerai, kerana perkara halal yang paling dibenci ALLAH ialah penceraian...nauzubillah min zalik...

dalam majlis tu pengantin lelaki tersasyul ketika lafaz akad nikah...memang thrill gak time tu, hihihi..alhamdulilah kali ketiga barulah saksi no.1 dan aku puas hati...Ya Allah, aku nanti berapa kali ler plak yer gamaknyer....mmmm

mmm dah lewat ni...kejap lagi nak tido...sebelum tu aku nak share satu ayat quraan, satu motivasi buat aku dan juga lelaki2 bujang trang tang tang diluar sana:

"Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya." surah An-Nuur petikan ayat 33

Friday, October 31, 2008

Pesanan penting untuk diriku (alarming myself)

Location: Surau kat rumah
source: Fadhail amal
penyampai: Bro Z


assalamulaikum,

Aku minggu ni memang sibuk betul, plan nak tulis blog ni hari selasa lagi, tapi tertangguh sebab beberapa urusan pejabat yg x setel2....alhamdulilah diizinkan ALLAH jua pada malam ni...nota agama kali ni penting untuk diri sendiri sebenarnya..namun begitu sebab dah bertangguh beberapa hari so hanya beberapa point jer yang mampu diingati...mmm nak buat macam mana dah aku ni memang jenis pelupa...sebab tu masa zaman kuliah dulu, kawan satu kolej kediaman penah tegur aku, "ko ni tak sesuai jadi saksi ler,sebab pelupa" hihihi...apa kabar agaknyer kawan aku yang ambik course civil law tu...semoga berjaya dalam kerjaya yang diceburi...Anak dah berapa agak nyer tu...

Sebenarnya entry kali ni adalah nota agama yg penting untuk diriku sendiri, kat surau kawasan flat rumah aku, ader ta'lim setiap selepas subuh, x kisah ler sesaper yg kasi ta'lim...setiap hari start dari minggu lepas lagi Bro tu baca bab dakwah dari kitab fadail amal...panas telinga beb, kene batang hidung aku sendiri.,nampak sangat sebelum ni aku ambik mudah jer bab ni...lepas dengar ta'lim tu ader ler insaf sikit....

AKu harap siapa yang terbaca entry ni secara x sengaja agar open minded, oh come on guys!

Dakwah semakin dipandang sepi...itulah realiti...dan aku pun baru belajar nak berdakwah, baru peringkat meniarap kot...insyallah nanti merangkak2 plak...

Ta'lim banyak mengambil petikan ayat2 al-quran tentang pentingnyer dakwah...antaranya surah luqman

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang sangat dituntut oleh Allah."

(sebenarnya ada lagi beberapa ayat yg dibaca, x pe, bila memoriku sudah pulih sepenuhnyer, aku akan tulis lagi petikan2 ayat suci al-quran tu)

Aku ini hanya insan biasa yg masih tak cukup ilmu................ tapi bila bila dengar Bro tu baca satu hadis yang maksudnyer lebih kurang macam ni (sila betul kan aku jika salah maksud)....Annas telah bertanya kepada Rasullulah, Ya Rasullulah bukan kah kerja mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu dilakukan oleh orang yang sudah sempurna amalannya, Rasullulah menjawab; bukan begitu, lelaki yang masih lagi belum sempurna melakukan kebaikan atau masih lagi tidak sepenuhnya meninggal kesilapan, boleh mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" (hadith riwayat tabrhani)

So pengajaran untuk diri aku...biasa biasakan diri untuk berdakwah..dan paling penting jangan pandang rendah pada orang yg berdakwah @ tegur kat aku...walaupun orang tu bukan ustaz atau ustazah...wallahulam...

Insyallah bila ingat point2 yg lain pasal dakwah aku akan tulis....Semoga Allah beri aku kesempatan....

Monday, October 27, 2008

Serba sedikit Perang Uhud

Source: Kuliah Zohor
Location: KL
Tarikh: Syawal 2008

Satu kuliah yang menarik yang disampaikan oleh seorang ustaz...Aku cuba type semula apa yang ingat, inilah akibatnya apabila lambat merekod apa yang didengar, banyak points yg dah terlupa..lagi pun aku masuk surau time tu lambat sikit, kuliah dah start pun.

beliau menceritakan, bagaimana sebelum perang berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah mendapat mimpi mengenai peperangan ini. Dalam mimpi tersebut beliau telah mendapat gambaran beberapa orang sahabat yang dikasihi mati shahid.

Peperangan ini berlaku antara penduduk islam di Madinah dan musyrikin Mekah

Dalam peperangan ini seramai 70 orang sahabat telah gugur shahid. antaranya bapa saudara nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hamzah..

Ada satu kejadian yg terjadi selepas peperangan itu tamat, para sahabat hairan apabila didapati satu jenazah sahabat telah disirami air dari langit, jenazah tersebut hampir tidak dapat dikenal pasti kerana kedahsyatan perang yang telah berlaku, seorang wanita muslim telah mengenal pasti jenazah tersebut berdasarkan tanda pada kaki...beliau adalah Hanzalah, Nabi Muhammad terus pergi ke rumah Hanzalah dan bertanya kepada isteri Hanzalah,

isterinya telah menceritakan mereka baru diijabkabulkan, dan telah bersama pada malam sebelum perang, apabila paluan perang dilaungkan pada awal pagi, Hanzalah tidak sempat mandi Hadas besar dan terus menyahut seruan perang untuk berjidah di jalan ALLAH....

Nabi mengatakan, bahawa air yang turun dari langit tersebut adalah air siraman dari Malaikat untuk memandikan jenazah Hanzalah yang telah shahid....

Sedih juga bila dengar cerita ni, tentang perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat...

marilah kita semua berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W, ke atas Ahli Keluarganya dan Para Sahabat baginda sekalian.....



note: sebarang teguran adalah dihargai.....

Saturday, October 25, 2008

Aku terminum air bersemut...macam mana ni!!!!

tajuk entry kali ni berdasarkan satu kuliah maghrib kat sebuah masjid putih yang cantik berhampiran stesen LRT STAR Hang Tuah...Masjid Al-Bukhori (kalu ko orang berjalan ke Berjaya Times Square tu, apalah kiranya menapak sedikit pergi bersolat ke masjid ni)


Ustaz memulakan kuliah....masjid macam biasa ader ler dua tiga orang yg dengar,...tapi caya lah ustaz, teruskan usaha anda...

ulat2 pada buah (dalam buah) boleh dimakan...jangan membazir buah dan ulat2 tu...

berkenaan semut pula, jika di dalam suatu bekas tu ada semut, air di dalam bekas tu boleh ler diminum setelah ia ditapis menggunakan penapis...

begitu juga halnya dengai gulai lemak anda, jika dimasuk semut tak perlulah gulai itu ditapis, cukup ler sekadar mencedok semut tersebut...

dalam situasi anda dapati ada semut dalam bekas anda, dan anda berasa marah pada semut tersebut dan kemudian anda panaskan air bersemut tadi, maka air tersebut tidak boleh diminum sebab semut tersebut mati di dalam bekas air anda akibat dibunuh dengan sengaja.

maaf nota ini ingat setakat ini sahaja...waktu asar dah hampir...jom solat berjemaah,

adioss amigoss

berazam untuk menulis semula

Assalamualaikum,

terasa rugi sebab banyak kuliah, taklim, bayan dan tazkirah yg didengar tak sempat dicatitkan semula di dalam blog ni...insyaallah sekadar yang teringat akan ditulis...ini adalah untuk kebaikan diri sendiri gak...sebab saya ni memang jenis pelupa...

harap sesiapa yg tersasul ke blog ni boleh berkongsi ilmu dengan saya yg banyak melakukan dan mengulangi kesalahan dan kurang ilmu ni....

Saturday, October 18, 2008

Aidilfitri 2008 menyatu silaturahim

Assalamualaikum,

Dah lama saya tidak berkarya...hari ni dah masuk 18 syawal, terasa bersemangat semula nak menaik papan keyboard ni...

Yup aidilfitri tahun ni memang penuh makna...alhamdulilah, ye ler sebab dapat jumpa adik beradik, seronok tengok sanak saudara bergembira di hari raya...harap suasana di berterusan, insyaallah..walaupun hari raya pertama dan kedua demam tetapi hari raya ketiga baru kebah terus pergi berayer...

The best part raya tahun ni dapat jumpa kawan yg dah 18 tahun x jumpa...walaupun dia duduk kg sebelah jer, tapi x pernah terjumpa sebelum ni...alhmdulilah..

Raya tahun ni juga saya ambil pelung untuk berjumpa ngan kawan2 yg dah ader famili..seronok tgk diorang dah ader anak dan berbahagia plak tu..huhuhu...(makan hati ni woi)...tak pe tak pe...Allah bersama hambanya yg bersabar..insyallah..

Buat sesiapa yg tersesat ke blog yg humble ni, ada satu pesanan untuk anda, hargailah persahabatn yg ada, kerana islam ini indah, indah kerana menggalakkan kita mengukuhkan silaturahim...Sebab bila saya fikir semula kenapa Allah galakkan kita jaga silaturahim mungkin ini akan memudahkan kita menjalankan tanggungjawab amal makrum nahi mungkar sesama kenalan...yer ler cuba fikir secara logik, kalu kita buat sombong ngan seseorang kn ini akan menjuhkan diri kita pada org itu dan secara x langsung menyukarkan kita menegur atau mengajak kepada kebaikan...

Hari raya kali ni juga sempat g ziarah rumah parent...kawn sebaya saya tu dah passed away, saj nk ziarah parent di, sebagai tanda ingatan kengkawan..

Adioss Amigoss

Thursday, June 12, 2008

hari yang serabut

Hari ni adalah antara hari yang paling serabut yang pernah dilalui sepanjang bekerja di tempat baru ni....nampak sangat sebelum ni jarang experienced hari macam ni...tu la sebab x bersyukur pada Allah...Mungkin Ada hikmah terjadi macam ni...

Dalam kepala asyik terfikir banyak benda yang x setel lagi...dan ader kerja yang telah plan x berjalan seperti dirancang...mmm memang ler insaf tadi...bahawa Allah ler yang berkuasa mutlak dalam membuat keputusan....

Masa sedang tunggu bas waktu balik tadi....terpikir juga why??? macam ader benda tak kene je...mmm fikir punya fikir baru teringat peristiwa pagi tadi...waktu tengah sibuk menaip (perasan sibuk) kononnyer nak cepat siap ler tu...sedang menaip tu ader sorang brader datang kacau2 sikit...kacau bergurau...saya ni ntah apa mood x kena tiba2..boleh tersyasyul cakap something yang mugkin buat brader tu teraser...oh....

Mungkin ler peristiwa tu sebabkan hari ni serabut sikit...Kan Allah x suka hamba dia yang sombong...macam boleh terlupa ni...terlajak perahu boleh diundur, terlajak taip boleh di undo, terlajak kata ada yang terasa...sori ler bro, tak terniat tadi...

Moral of the story, bersabar itu lebih disukai oleh Allah...

Mata dah ngantuk.............zzzzzzzzzzz.................

wassalam

Sunday, May 11, 2008

Kuliah Subuh 11 Mei 2008

Assalamualaikum,

Saya hanya nak kongsi dengan para pembaca tentang kuliah subuh saya dengar pagi tadi...

Imam muda pagi tadi telah membaca kitab tulisan Imam Nawawi..bertajuk "Taman-Taman Orang yang Bertakwa"...Sebelum itu imam tersebut tealh menyentuh sedikit biografi Imam Nawawi...Nama sebenar beliau ialah Muhyidin dan berasal dari Nawawai iaitu suatu tempat di Iraq (Bahsrah).

Imam Nawawi merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu, diceritakan bahawa beliau mentelaah 12 mata pelajaran setiap hari..beliau juga telah berjaya menghafal seluruh Al-Quran semenjak usia kanak-kanak lagi...Subhanallah...hatinya yang suci dan bersih melayakkan beliau menghafal semenjak kecil lagi...

Imam Nawawi sangat luas ilmu pengetahuan dan kefahaman ugamanya...ini telah melayakkan beliau berijtihad dan membentuk suatu mazahab yang dinamakan Mazhab Imam Nawawi...Namun begitu beliau adalah seorang merendahkan diri, dan dikatakan, beliau juga mengikuti juga mazhab Imam As-Shafie...

Berkenaan tazkirah pagi tadi...Telah disentuh tentang kepentingan ikhlas dalam melakukan ibadah...Maksud sebuah hadis yang telah dibacakan pagi tadi...hadis soheh riwayat imam bukhori: "Allah tidak memandang rupa paras kamu tetapi apa yang ada di dalam hati kamu"
Maha suci Allah, keihklasan memang bukan suatu perkara yang mudah hendak dilaksanakan...macam-macam dugaan...

Tazkirah juga menyentuh mengenai Taqwa....Ijmak ulama telah bersepakat bahawa maksud Taqwa itu ialah Melaksanakan segala suruhan Allah dan Meninggalkan segala larangannya..Amalan yang ikhlas lagi bertaqwa itulah yang paling dekat dengan Allah...semoga kita semua boleh berusaha dan diizinkan Allah mencapai matlamt ini...

Tazkirah juga menyentuh mengenai, qiamulail...terasa diri ini memang ler banyak dosa sebab itu qiamulail susah nak buat, Qiamulail berapa kali setahun buat? mmm...malu nak cakap rasanya...tapi hakikatnya tahun ni x buat lg....lemahnya saya ni...

Imam pagi tadi mengatakan qiamulail itu dilakukan pada 1/3 akhir malam iaitu hampir waktu sahur...Jadi sebelum ni saya salah fahamlah...ingatkan 1/3 dipertengahan malam...

Imam pagi tadi sempat juga menuturkan satu hadis berkenaan satu hadis nabi s.a.w: Solat sunat dua rakkat sebelum solat fajar adalah lebih baik berbanding dengan satu dunia dan seisinya...mmm semoga Allah beri kita kekuatan untuk buat solat sunat tersebut....aminnn

Jumpa lagi next time wasalam

Tuesday, May 6, 2008

My Iman….

How sustainable is my Iman ? Living in this concrete jungle of KL …is not an easy task…sometimes my eyes cant resist looking at the temptation that lay in front of me…Oh Allah please help me….

Iman is the most important thing in human life…I have been born as a muslim…but that is not a guarantee that I will die in iman…. Life in this world is not that simple…Iman is something that i should take care at every turn. This is the test from Allah…

Here is the lyric of a nasyeed from Raihan….This song is about Iman…a nice song


RaihanIman Mutiara
Iman adalah mutiaraDi dalam hati manusiaYang menyakini AllahMaha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalahMerasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalahMenjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tepian pantai Walau apapun caranya jua Engkau mendaki gunung yang tinggi Engkau merentas lautan api Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


The question is, how serious am I to conserve my iman till I stand before Allah or what is my effort….

Saturday, April 26, 2008

ilmu sepanjang zaman....

Alhamdulilah....segala puji-pujian bagi Allah...

Syukur betul saya pada Allah sebab dipermudahkan menuntut secara tidak formal....di surau kawasan perumahan dan di tempat kerja...bandaraya KL ni memang terhidang tempat2 untuk belajar...samada berbayar atau percuma....Ada seorang ustaz ceramah kat masjid sheik albukhori tu kata...kat KL ni, para ustaz sampai x cukup tangan nak memenuhi permintaan mengajar di surau surau dan masjid...mmm permintaan tinggi tu...

Selepas solat subuh setiap hari ada bacaan hadis...bagus untuk memulakan hari dengan penuh berkat...

di tempat kerja, waktu zohor pun ader ceramah, walaupun ceramahnya agak "panas" sikit...gua pun dengar panas telinga beb...hehehe...tak per...mana yang baik tu dijadikan pedoman hidup...yang penting dapat tunauikan solat berjemaah

Kat surau kat kawasan ni ader kelas bahasa arab...percuma jer....datang bawa badan dan buku jer...x perlu bayar apa apa pun...alhamdulilah...besarnya nikmat Allah dah kasi...

Malam isnin ader kelas Talaqi quran....ini pun percuma jugak...Ya Allah thanks a lot...semoga Allah hadirkan rasa keihklasan dalm menuntut ilmu ni...ameen

Harap dengan ilmu yang dapat ni dapat saya memperbaiki diri yang banyak kekurangan dan amat mudah melakukan dosa...semoga Allah menerima amalan kita semua...

Sunday, April 13, 2008

Choose between one

Assalamualikum,

As i'm writing this blog, i'm listening a nasyeed from Yusuf Islam (from you tube), you should listen to this nasyeed...it is very meaningful nasyeed, it title is "A is for Allah"...

Nowadays internet provide a lot of blogs, chat, entertainment webpage and news...It also provide a lot of porno webpage....

Before you click which webpage to pop up....think about this first....Allah has mentioned in quran....that He shows you two pathways....it means in this life we will face two choices....between good and evil....

This morning, i heard a subuh tazkirah by adik-adik tablgh in a surau here, he narated a story on creation of Heaven and Hell.....everyone knows, Heaven is a place which will be granted for the people who are successfully follow entire Allah's rule and The Hell is a place for disobedient people and for whom had failed in Allah's Test...

So we have to consider and think deeply, what is our choice....good webpage or the evil one...Everything taht we do is recorded in data base by two angels and will be kept at Lauf Mahfuz....

ALLAH is watching us....

Saturday, March 15, 2008

pelihara solat dan hak hamba sahaya

assalamualaikum,

alhamdulilah masih sihat dalam nikmat Allah yang tak terkira banyaknya...

Pagi tadi alhamdulilah masih diizinkan Allah untuk bersama-sama solat berjemaah...lepas subuh dengar hadis nabi...

Ketika kekasih Allah itu hampir wafat, baginda sempat meninggalkan beberapa pesanan, antaranya ialah baginda berpesan agar umatnya menjaga solat dan memelihara hak hamba sahaya...Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam...

Marilah kita semua berpegang kepada pesanan nabi yang mulia ini...menjaga solat bermaksud bersolat di awal waktu dengan mematuhi tertib-tertib yang telah ditetapkan...Ikutlah amalan solat nabi iaitu solat secara berjemaah...

memanglah hidup kita yang bekerja ini sibuk...tetapi memelihara solat adalah lebih utama di sisi Allah Azawajala...Cubalah kita berdoa kepada Allah agar memudah urusan kita bersolat dan beribadah...berdoa itu sebagai tanda kita ini hamba yang lemah dan mengharapkan bantuan Allah dalam segala hal...insyallah Allah akan memudahkan kita bersolat di awal waktu dan secara berjemaah...

Allah berfirman di dalam Surah Al-Maun, "Maka celakalah orang yang menunaikan solat (4) iaitu orang-orang yang di dalam solatnya lalai (5)"

Ahli tafsir menerangkan maksud lalai di sini ialah tidak menjaga solatnya iaitu meringan-ringankan solat, tidak khusyuk dalam solat sehingga terlupa bilangan raakaat dan tidak menjaga tertib solat.

Sesiapa yang suka melewat-lewatkan solat tu, cuba-cubalah renung kembali amalan kita...ini tak masuk lagi yang suka solat selaju roket, habis semua toma'ninah dilanggarnya...mmm cara solat masih tak berubah sejak sebelum baligh lagi...

Allah suka hambanya yang berusaha memperbaiki amalan...semoga kita semua termasuk dalam golongan ini...Aminn

Sunday, February 3, 2008

Subuh yang hening.....

assalamualaikum,

alhamdulilah, hari ni masih hidup dan sihat....dapat tunaikan kewajipan yang telah ditentukan Allah pada awal waktu...

Solah subuh berjamaah adalah suatu cabaran bagi seorang muslim...maklumler bukan senang nak bukan senang nak menggagahkan diri bangun dari tidur yang enak...sejuk plak tu...hihihi...tambahan pula kalu malam tu kita tido lewat, layan bola atau pun tengok movie...

Nak share satu petua, petua ni dari seorang abang yg kuat beragama, kira2 pejuang agama ler tu...cara nak bangun solat subuh pada awal, pada waktu malam tu elak buat benda2 yang lagho atau berdosa, sebab dosa2 nilah yang menjadikan badan kita berat untuk bangun...umpama ada objek berat yg akan tindih kita daripada bangun subuh...

satu lagi kita perlu berazam untuk bangun, niatkan dalam hati, Apabila berazam maka bertawakal kepada Allah...sesungguhnya Allah bersama hamba2nya yg bertawakal

semoga Allah terus memberi kekuatan untuk kita semua solat subuh cara berjemaah...amin

Saturday, February 2, 2008

membaca al-quraan

Assalamualaikum,

Ringkasan maksud Satu hadis yang disampaikan dari Abdulrahman Auf, nabi muhamad s.a.w bersabda: "Pada hari Pengadilan di sisi Allah terdapat Al-Quran, Amanah, dan Silaturahim"

Ketiga-tiga perkara ini akan membela mereka yang menunaikan hak2 mereka...Maka beruntunglah pada hari itu sesiapa yang di dunia telah menunaikan hak2 tersebut..

a lot of us just take for granted including me...Para ulama menafsirkan hak Al-quran ialah ia mesti dikhatamkan dua kali setahun...kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi sampai terlupa nak luangkan masa membaca al-quran...akibatnya kita semakin jauh daripada panduan hidup yang telah diwahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w....

Daripada fikiran saya yg lemah ini, punca kita kurang baca quran disebabkan kita sendiri masih tak fasih membaca al-quran...kita masih merangkap-rangkap membacanya...Tapi ingatlah kita tidak harus berputus asa berlaja untuk membaca dengan fasih...insyaallah Allah suka dengan orang berusaha memperbaiki amalannya...saya pun dulu merangkap-rangkap gak baca quran ni, rasa putus asa pun ada gak...tapi alhamdulilah ler sekarang ni kira boleh ler...tapi x ler terror, kalu terror dah masuk Akademi Al-Quran tv9...hihihi...

satu lagi sebab orang kat malaysia ni jarang baca quran, mungkin disebabkan oleh tak tahu makna ayat-ayat yang kita baca tu...Ya Allah kalu kita tahu makna dan hayati ayat2 tu, baru kita sedar bahawa al-quran tu bukan lah diturunkan secara sia-sia, dan ia didapti relevan sepanjang zaman dan di semua tempat di dunia ini atau pun di stesen kapal angkasa ISS....

Insyallah lain kali kita mungkin boleh share tafsir al-quran...so marilah kita semua jadikan membacaal-quran itu sebagai satu amalan, dan moga2 Allah menerima amalan tersebut...insyaallah...C u next time...gtg

Salam Perkenalan

Assalamulaikum,

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang kita yang terlalu banyak ini...kita yang tak tetap iman....turun naik iman...cenderung berbuat dosa...

Alhamdulilah dengan izin Allah dapat juga saya memanafaatkan blog ini...moga2 ia dapat dijadikan platform untuk saya berkongsi ilmu yg saya titip dan kutip...Moga2 Allah menerima apa yg saya buat ini memandangkan diri ini banyak melakukan kesilapan dengan sengaja..

Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa yg sudi baca blog ini dan berkongsi ilmu...