Friday, August 21, 2009

Jodoh...Harta....dan dot dot

Ye lah, jodoh tu ko kene usahakan juga...kata kawan aku...memang betul aku pun dulu ada buat usaha atas jodoh...macam anak-anak muda zaman sekarang ni...hihi..sms sana sms sini...tapi sampai satu tahap...macam rasa bersalah pulak...Ye ler sesetengah girl cepat mengharap...dan sesetengah lelaki susah nak jadi serius.....wallahualam...

Usaha atas harta pulak....bab ni x payah nak cerita...semua orang pandai nak buat benda ni...buat MLM...usahakan ladang...

Tapi ada satu Usaha yg banyak orang missed...termasuk aku...usaha ke atas kematian...maksudnya persediaan untuk mati dan mengadap ilahi...

semoga diberi kekuatan untuk buat usaha ni..

Tuesday, August 11, 2009

Operasi tandas

"kita akan ditugaskan mencuci minggu depan" kata kawan aku minggu lepas..aku segera memintas cakap dia..."kita nak mencuci talam yer" jawab aku sambil tersenyum..."Tak ler...kita akan mencuci tandas"...erk aku terkelu sebentar...uhh mencabar ni...

Ada sebanyak lebih 20 unit tandas perlu dicuci ni...kalu x silap aku ler...sebab aku x pernah kira...emmm teringat kembali zaman sekolah rendah, darjah empat...suatu hari guru besar masuk ke kelas kami...sekolah tu terletak di sebuah kampung di Pahang..."hari ni kamu semua dikehendaki mencuci tandas...murid-murid lelaki cuci tandas lelaki dan murid perempuan cuci tandas perempuan "...begitulah arahan guru besar yang berwajah garang..

oleh sebab dia garang kami pun mencuci tandas sepenuh hati...kawan aku siap pegi kedai guna duit poket sendiri beli serbuk sabun breeze..Yer ler sebab guru besar hanya berikan arahan, tapi baldi dan sabun tidak diberikan...tahun tu pertengahan 80an...time tu sekolah di kampung, murid-murid kene bersihkan halaman luar kelas dan dalam kelas...

berbalik kepada cerita tadi, setelah selesai kami bertungkus lumus membersihkan tandas, kami berpuas hati dengan kebersihan dan baunya yang sewangi Breeze...

Petang tu guru besar panggil aku dan kawan aku masuk bilik dia...ingatkan dia nak puji..."Kamu ni cuci tandas tak bersih, tengok murid perempuan cuci dan wangi"...aku dan kawan tergamam dan konfius...

Bila balik kelas, kawan dan kawan aku merungut...mm..

Bila dah aku dah besar sikit dan boleh berfikir, barulah aku paham...Guru Besar tu dah salah faham dan kami pun dah salah faham...Kami murid lelaki time tu pegi cuci toilet perempuan dan sebaliknya...sebab tandas yang kami cuci time tu tak de mangkuk untuk lelaki kencing berdiri (x senonoh betui, x ikut sunah)..dan tandas yang dicuci oleh murid perempuan ada mangkuk tu..Yer ler kami ni budak kampung mana ler tahu nak beza time tu...hihihihi

Ok berbalik pada masa sekarang...insyallah kalu di izinkan ALLAH aku dan geng janggut yang lain2 akan buat operasi tandas di masjid SP...semoga ego aku berkurangan selepas buat keje ni...
kalu kawan seusaha yang lain nak join main air jom ler...

Monday, July 13, 2009

Ijtima' Malaysia 2009..

Alhamdulilah...Allah beri kesempatan untuk aku hadiri perhimpunan muslim tersebut...

Sepatutnya aku khidmat bahagian nasi...tapi disebabkan kelemahan aku (datang terhegeh2)..so orang lain dah rebut tugas tu...rezeki ko orang..

Banyak pesanan dan ilmu yang aku dapat...point yg paling penting yang aku ingat..."setiap individu umat Nabi Muhammad adalah bertanggungjawab mengajak manusia dekat kepada ALLAH ta'ala..."

memang kelemahan aku tak mampu nak tunaikan hak tersebut dengan sempurna...

ijtimak ni memang beri motivasi untuk memperbaiki lagi amalan...sekarang masanya untuk amalkan dan sampaikan ilmu yg telah diperolehi..

Kejayaan paling besar untuk manusia ialah apabila ALLAH suka pada kita...ohh...semoga Allah beri kekuatan untuk kita bermujahadah untuk sampai tahap disukai ALLAH...

Monday, June 8, 2009

Tiada Cinta...

Bulan ni agak stress sikit...serabut kepala...banyak keje pejabat x siap lagi...nak nangis pulak..huhu...spek mata patah, kene pijak ngan budak kecik waktu solat...ish nak marah x sampai hati pulak....x per ler dik...marah kang ko orang pulak boikot datang surau...

Malam ni second gash x jadi sebab x cukup korum...macam2 betui...ialah cuti sekolah...

Disebabkan x der gash malam ni dan kepala serabut..aku ambil keputusan untuk lepak di ofis dulu...dan menaip blog...

Kenapa sesetengah Girl x boleh terima konsep, tiada percintaan sebelum kahwin....kawan biasa je dulu x bole ker...tiada girlfren @ boifren..lagipun aku x sedia (x mampu) lagi jadi suami orang...huhu

Memang dulu aku penah...ahhh...tu citer dulu..ulama' cakap x elok kita ceritakan kesilapan yang dah kita tinggalkan...

Kali ni rasanya dah berhati2 betul bila berkenalan...x der nak sms kerap sangat atau sms di malam hari...x berjumpa @ menelefon......tapi kenapa Si Dia masih terasa...mungkin salah aku juga...

Teringat ustaz aku cakap....Ni topik lain...Lelaki dibenarkan melihat muka dan tapak tangan wanita yang ingin ditunangkannya...jangan lebih2 tau...

Lelaki itu juga boleh usha dari jauh dengan niat untuk pilih bakal jodoh, bukan skodeng yer...

Dan ustaz tu cakap juga,ada mazhab yg benar kan pihak perempuan melihat badan lelaki yang ingin dijadikan jodoh...erk..mencabar ni...

Apa pun semoga kita semua dikurniakan jodoh dan anak2 yang Qurotul a'yun...

Tuesday, May 19, 2009

Tak Pilih Bulu...

Aik sekarang ko orang dah tak payah jubah ker??..Mat rock, panjang rambut..

Begitulah respon kawan aku yang suka selaku AJK surau, terhadap kedatangan satu jemaah khuruj ke surau aku...aku tak marah ngan soalan dia tapi sebaliknya nak tergelak pun ader...aku jawab dengan sehikmah yang mungkin...usaha dakwah ni tak pilih bulu..Jawapan ringkas aku..tak tau kenapa aku nak tergelak ngan soalan kawan aku tu...

Kebanyakan orang salah faham, jemaah yang keluar/khuruj bukan bertujuan untuk mengajar mana-mana pihak, tetapi sebaliknya mereka keluar untuk belajar untuk taat perintah ALLah mengikut sunah Nabi...Dan disebabkan mereka masih belajar ataupun ader yang baru belajar, so harap janganlah ada salah faham...

berkerut juga kening imam bila melihat ada budak remaja yang ber dye rambut datang surau join jemaah tu...Please lah beri peluang kepada anak2 muda ni belajar...daripada lepak luar lebih baik lepak kat surau, dapat dengar hadis, petikan quran dan belajar tajwid, adab itu dan ini..untung ko...

Jemaah yang datang kali ni adalah dari marhalah yang dah maju, Maha Suci ALLAh yang satukan hati mereka...ada dari sabah, semenanjung, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan France..terasa sedih gak aku waktu mereka nak tangguh...

Semoga ALLAH satukan hati kita semua dan jauhkan kita dari bersangka buruk...

Saturday, May 9, 2009

Adab makan dan minum...

di Copy Bulat-bulat dari http://wirapendang.blogspot.com/2009/05/sifat-makan-dan-minum-yang-dituntut.html?showComment=1241856120000#c9039233299111301220


Salam,artikel kali ini berkaitan dengan bab makan dan minum.Selepas berehat agak lama,saya kembali menulis dan pada kali ini saya ingin menyentuh bab makan dan minum.Makan dan minum pada hakikatnya adalah perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw.Untuk membezakan di antara cara permakanan/minuman orang kafir dengan orang Islam rasulullah saw menyuruh kepada umatnya supaya mengamalkan cara makan dan minum seperti baginda saw untuk membezakan diri kita dengan orang2 kafir.“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Q.S. Al-A’raf, 7 : 31)1.Berwudhuk,menutup kepala dan makan secara berjemaah(lebih daripada seorang).Rasulullah saw tidak pernah makan sendirian,sabdaan beliau”Makanan yang terbaik ialah makanan yang paling banyak mengambilnya”(Abu Daud).Dari Wahsyi bin Harbin bahwasannya para sahabat Nabi berkata : "Wahai Rasulullah kami makan tetapi tidak kenyang, Rasulullah bertanya : ‘Barangkali kalian makan sendiri-sendiri?’ maka para sahabat menjawab : ‘Benar’ Rasulullah bersabda : ‘berkumpullah pada makanan kalian, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah untuk makanan itu niscaya makanan kalian akan diberkahi untuk kalian." (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban).2.Mencuci tangan dengan air yang mengalair agar kotoran dan kuman-kuman akan jatuh bersama air,urutan yang memulai cuci tangan iaitu,anak kecil,orang dewasa dan kemudian orang tua dengan doa“Dengan nama Allah,berilah manfaat darinya”Rasulullah saw bersabda “Membasuh tangan sebelum makan menghilangkan kefakiran dan membasuh tangan sesudahnya menghilangkan(penyakit syaraf)(Ath -Thabrani)3.Gunakan alas(saprah) agar makanan yang jatuh boleh di ambil kembali.Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah. Salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti adalah : ”Tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).Qash’ah adalah piring besar untuk makan sepuluh orang sedangkan Shahfah adalah piring besar untuk makan lima orang. Adapun Sukurrajah adalah piring kecil yang biasa dipakai untuk memberi makan anak kecil. (Fathul Bari 9/532).4.Di sunnah menunggu makanan dan apabila makanan telah datang.5.Duduk dengan cara kaki kiri diduduki dan lutu kanan di tegakkan,agar perut kita kita terlipat menjadi tiga bagian,spertiga bagian untuk makanan.seprtiga bagian untuk air dan sepertiga bagian untuk udara.Rasulullah saw bersabda”Aku tidak pernah makan sambil berretelekan,sesungguhnya aku hanya seorang hamba dan makan sebagai seorang hamba dan duduk sebagai seorang hamba”(Al-Tirmizi)“Rasulullah pernah di berikan kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis di tegakkan karena lapar” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)6.Makan dan minum dengan tangan kanan.“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”(HR Imam Muslim)7.Sebelum makan,disunnahkan merasa sedikit garam.Hal ini merupakan amalan Saidina Ali r.hu.“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah aku dan sunnah khulafa ar-rasyidin”(Abu Daud dan Tirmizi)8.Jika ada buah-buahan di anjurkan merasa sedikit terlebih dahulu sebelum menjamah makanan seraya membaca doa berikut”Ya Allah,berilah keberkahan pada buah-buahan ini”Rasulullaj saw bersabda : "Sesunggunya syaitan akan mengusai makanan dan ikut serta makan makanan itu jika tidak disebut nama Allah." (Shahih Muslim 3/1597)9.Apabila kita terlupa berdoa sebelum makan dan teringat ketika makan,maka ucaplah “بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ”.Rasulullah bersabda : "Jika salah seorang diantara kalian makan maka hendaklah membaca bismillah, jika ia lupa diawalnya hendaklah membaca dengan nama Allah diawal dan akhir makan." (Abu Dawud 4/139, Ibnu Majah 2/1087, Imam Ahmad dalam Musnadnya 6/208, Ad-Darimi 2/94, Hakim 4/108)10.Disunnahkan memakan 3 jari (3 suapan pertama)seterusnya boleh dengan 5 jari. “Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Usai makan, beliau menjilati ketiganya” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)Rasulullah saw bersabda : "Jika salah seorang diantara kalian makan hendaknya menjilati jari-jemarinya, karena sesungguhnya ia tidak mengetahui dibahagian mana barakah itu." (Muslim 3/1607)Rasulullah bersabda : "Janganlah seseorang mengusap tangannya dengan sapu tangan sebelum menjilati jari-jemarinya." (Muslim 3/1606)11.Disunnahkan memuji makanan denagn ucapan “Ya Allah,bagimu segala pujian dan bagimu segala rasa syukur” dan orang yang mendengar menjawab “Alhamdulillah”.12.Jangan mencela makanan(tidak sedap la,tidak masin,manis,pedas,masam dan sebagaianya)Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan.Jika baginda suka,baginda akan makan,dan jika baginda tidak suka,baginda tidak akan makan.13.Usahakan mengambil makanan yang terdekat sekali.Rasulullah saw bersabda”Ucaplah nama Allah,makanlah dengan tangan kanan dan ambillah makanan yang terdekat”(Munttafaqun ‘Alaih).14.Disunnahkan menjilat jari sebelum di cuci. , “Nabi SAW menjilati jari jari beliau sebanyak 3X’” (HR Tirmidzi)” Rasulullah menjilati ketiga jari jari beliau” (HR Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)“Saya tidak makan sambil bersandar” (HR Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)15.Doa sesudah makan.16.Tidak meninggalkan tempat sebelum yang lainnya selesai.Rasulullah saw bersabda”Jika seseorang diantara kalian makan bersama orang banyak(beramai) dan setelah merasa kenyang,maka janganlah ia mengangkat tangannya(meninggalkan tempat)kecuali jika semua orang telah mengankat tangannya kerana hal itu akan membuat malu temannya”(Baihaqi).17.Tidak minum dan makan sambil berdiri” Nabi saw melarang minum sambil berdiri. Qotadah lantas bertanya kepada Anas, “Bagaimana dengan makan sambil berdiri?” “Itu lebih jelek dan lebih kotor” kata Anas. (HR. Muslim no. 2024).Ulama berpendapat bahawa tidak ada istilah silang menyilang tangan(seperti minum/makan tangan kiri dengan tangan kanan berada di bawahnya)Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)18.Tidak Makan sambil Berbaring; Dari Abu Juhaifah, telah bersabda Rasulullah saw:” sesungguhnya saya tidak pernah makan sambil muttaki ( berbaring ).” (HR.Bukhari)Keadaan kelaparan Rasulullah saw.Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)Tirmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah Saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)Nota penting**sesiapa yang berminat untuk copy silakan dan untuk di fhotostat pun silakan,,,penting sangat bab makan dan minum..tiap2 kita makan dan minum,kalo kena dengan gaya di atas,jadi ibadat..

Sunday, April 12, 2009

Solat di awal usia...kanak2 menjadi imam di awal usia dan Umur Baligh ikut Mazhab

Kuliah subuh (nota untuk diri sendiri agar tidak lupa jika tidak ditulis),

maksud hadis, "perintahkanlah anak mu untuk solat ketika mencecah usia tujuh tahun" hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhori...

Di riwayatkan bahawa hadis ini disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah balik dari mikraj...dengan kekuasaan ALLAH taala, baginda telah balik semula ke bumi tidak sampai separuh malam pun...(wallah hu alam)...ketika itu terdapat seorang kanak-kanak yang bernama AMR bin SALAMAH yang berusia 7 tahun yang berdampingan dengan Nabi...perintah ini dikeluarkan pada masa tersebut...

Imam Syafie berpendapat jika kanak2 itu sudah berusia 7 tahun, mumaiyiz dan tahu ilmu alquraan, dia boleh menjadi imam di dalam solat sunat dan fardu..so harap kita tak jadikan isu jika ada kanak2 menjadi imam solat fardu...

Maksud hadis lagi " rotanlah anak mu jika tidak bersolat apabila sudah berumur 10 tahun"..menurut ustaz tersebut, suruhan ini sebagai didikan supaya kanak2 di awal usia sudah menyedari bahawa setiap dosa ada balasannya.

Menyentuh perkara Baligh pula:

menurut Mazhab Syafie, apabila lelaki berusia 15 tahun sudah dikatakan baligh walaupun tiada tanda2 seperti perubahan suara.

Mazhab maliki pula 17 tahun dan 18 tahun Mazhab Hanafi...

Bagi wanita pula, ada pendapat mengatakan aurat perlu dijaga bermula berusia 5 tahun....

Wallahu alam...semoga ALLAH beri kefahaman agama...

Tuesday, March 31, 2009

adik sayang oii

Alhamdulilah...ALLAH izinkan juga aku kuar bulan ni...risau gak sebab takut miss...Memang betul ler...ALLAH beri respon terhadap apa yang kita risaukan dalam hati...Satu jemaah tujuh hari tiba2 singgah surau aku...so pucuk dicita ulam mendatang...

Kali ni join jemaah yang bawak student skolah menegah biasa dan juga sekolah rendah...Usaha ini memang tak kenal lapisan usia atau pun pangkat..

"Ustaz cuba check Fatihah saya"...huhuhu...adik sayang oii...aku bukannya ustaz...itulah permintaan seorang adik sekolah rendah (anak yatim)..tapi alhamdulilah...boleh gak berkongsi ilmu yang sedikit ni...semoga sejuk roh ayahnya..Bila keluar macam ni insyaallah kita dapat belajar dan mengajar (err maksud aku berkongsi ilmu)...

Malam, time nak tido tu lagi syahdu...adik tu baca kuat2"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-nar"...kami yang lain2 cuba control gelak di bawah selimut masing...budak2 kecik pun kene di 'ikram' kan beb...

Masa kuar ni jugak ALLAH izinkan kami berjumpa ngan student2 Medic semasa buat khususi..bagus diorang...menerima kehadiran kami dengan penuh minat walaupun sibuk pulun sebab nak exam...semoga Hidayat ilahi tersebar ke seluruh alam..

Pesanan kepada adik2 ni dan diri sendiri jugak supaya dapat jaga solat..insyallah...

Sunday, March 22, 2009

Aku kehilangannya..huhuhu

Sudah tertulis dalam azali aku akan kehilangannya...malam pertama kehilangannya aku masih bole cool lagi...control macho di depan rakan-rakan..

Nabi dah pesan, segala2nya sementara di dunia ini...Yang kekal abadi hanyalah ilahi..segala yang lain akan binasa...

masuk hari kedua aku dah mula winduu padanya...terkilan dan frust..aku tak sekuat Nabi Ayub..huhu...sedihnya..Hanya kepada ALLAH tempat aku mengadu..

Alhamdulilah ia telah banyak berjasa dan menabur bakti pada aku sebelum kehilangannya...

Saturday, March 21, 2009

my Takaza...

aku tak tahu cara ni boleh dibuat atau tak..

sesape yg tahu ada marhalah kawasan KL Timur yang nak khuruj next week (minggu keempat mac 09) boleh tolong email kat aku: vanqif@gmail.com

minggu ni marhalah aku kuar, tapi atas kelemahan aku, aku x dapat join diorang minggu ni..

argdd melayu dalam delima betui...

time kasih bebanyak kepada yang sudi membantu semoga ALLAH permudahkan urusan tuan...

Monday, March 16, 2009

Talut dan Jalut

Kuliah zohor berkisar tentang kisah Talut dan Jalut

1. Direkod dalam surah al-baqarah ayat 246 hingga 254

2. Pada awalnya terdapat ramai bala tentera talut yang ikut berperang menentang tentera jalut.

3. Allah uji mereka dengan sebatang anak sungai, mereka tidak dibenarkan meminumnya, hanya boleh mencedok dengan satu cedokan tangan sahaja...apabila sampai di sungai ramai yang telah minum sepuas-puasnya akibat kehausan, cuma sedikit sahaja yang tidak berbuat demikian..golongan yang sedikit amat yakin kepada ALLAH, mereka dikatakan seramai 313 orang (Jumlah yang sama ketika Perang Badar, dan jumlah yang sama ini jugalah golongan yang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi, begitulah disampaikan oleh ustaz, wallahulam)

4. terdapat doa yang boleh diamalkan daripada kisah ini...

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

Ayat 250 surah Al-Baqaroh...

5. Ustaz juga ada menyentuh tentang bilangan para nabi yang diutuskan oleh ALLAH ke muka bumi ini...terdapat sejumlah 124 ribu nabi yang telah diutuskan, para sahabat nabi juga berjumlah 124 ribu...Wallahulam..

Monday, March 9, 2009

Suasana yang Nyaman di Hari Kelahirannya..

Dengan nama Allah yang maha pemurah...

Mungkin secara kebetulan sahaja..atau pun mungkin memang anugerah dari ALLAH...Semalam KL panas...malam tadi KL panas sampai berpeluh aku...yer ler rumah flat aku x der air cond...

Sejak zaman kuliah dahulu aku mula perasan bila apabila tiba hari kelahiran nabi, keadaan cuaca akan redup, mendung atau hujan...cuaca yang cukup selesa..sekurang-kurangnya untuk aku sorang....bukankah hujan itu satu rahmat...Sudah menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W akan berdoa setiap kali hujan mula turun...

cuaca hari ini agak berbeza dengan hari sebelumnya yang panas dan kurang selesa sedikit (x elok merungut banyak sangat, Allah x suka)...ni mungkin perasaan aku sorang jer...

Nabi Muhammad S.A.W, memang pembawa rahmat ke sekalian alam...diceritakan seorang rahib kristian dapat mengenalpasti tanda-tanda kenabian baginda melalui kehadiran awan yang memayungi banginda semasa mengikut rombongan perniagaan bapa saudaranya...

Diceritakan juga bapa saudara yang nabi kasihi dan diratapi kematiannya kerana tidak mati dalam kalimah tauhid (walaupun nabi kerap berdakwah face to face kepadanya), mendapat keringanan azab pada setiap hari isnin kerana banyak membela nabi sepanjang kehidupannya...wallahulam..

Sememangnya telah direkod di dalam Quraan yang marhumnya, katakanlah wahai Muhammad, jika kamu mecintai ALLAH maka ikutilah aku (Muhammad)...

insyalah semoga Allah beri kita kekuatan mengikuti sunnah-sunnahnya...dan dibangkitkan bersama-samanya di padang mahsyar kelak...

Maksud hadis, kelak di akhirat kamu akan dibangkitkan bersama kaum yang kamu ikuti di dunia...

siapa idola kita atau ikutan kita, bersama orang itulah kita akan dibangkitkan nanti...begitulah satu pesanan ustaz yang aku dengar...

Wallahulam...

Monday, March 2, 2009

Nice Guy Finish Late...???

emm terpaksa balik lambat lagi hari ni...taip blog ler...apa lagi kan..

Semacam jer tajuk entry ni yer gamaknya...sebenarnya ada terbaca artikel ni dalam satu webpage...menceritakan betapa ramai lelaki yg 'baik' kahwin lambat....itu dari kaca mata mat saleh...nice guy dikategorikan sebagai boring dan kurang menarik perhatian...

tetapi masa zaman kuliah aku dulu...kebanyakan lelaki yg ada imej islamik akan berkahwin awal...aku memang tabik spring kat dia orang...malam tadi kebetulan aku pergi Bangi dan singgah solat di masjid UKM....terbaca satu poster, "Kahwin awal: Bahagia atau Derita" begitu ler tajuk satu program ala2 ehwal islam di kolej Ibu Zain...

kahwin awal memang perlu komitmen yg tinggi....namun mereka adalah orang2 yang dimuliakan ALLAH kerana sanggup berkorban demi menjaga kehormatan diri...

Malam tadi sampai lewat di rumah...sempat tengok rancangan halaqah di tv9...satu point dari ustaz Badri Shah yang diingat ialah...cinta itu bukan perbuatan tetapi satu perasaan...kalau bercinta sebabkan selalu berdating, pegang sana pegang sini...itu dah dinamakan nafsu...cinta adalah perasaan sebab orang ihklas bercinta akan ada niat di hatinya untuk berkahwin dengan orang yg dia berkawan...begitulah kata ustaz tersebut...

Ok waktu rehat dah nak habis...sambung kerja semula....

Wednesday, February 18, 2009

Kejayaan dalam Solat...

Alhamdulilah tadi sempat dengar kuliah zohor kat tempat kerja...sebenarnya kuliah tadi sambungan dari minggu lepas..Ringkasan dari siri kuliah tersebut antaranya menyentuh bab solat...

Anak kepada Hassan Albana, yg juga merupakan seorang syeikul Islam telah menegur bahawa umat islam akan terus lemah selagi solat berjemaah lima waktu di masjid tidak dijaga...

Pernah juga saya terbaca dalam artikel Berita Harian, ulasan seorang penulis bahawa...salah seorang perdana menteri yahudi pernah membuat kenyataan, mereka susah untuk memenangi peperangan di suatu kampung jika jumlah orang solat berjemaah subuh di qoriah itu adalah seramai bilangan jemaah solat jumaat...

Dalam kuliah itu menyentuh, solat berjemaah di masjid antara manfaatnya ialah dapat menyatukan tali silaturahim sesama islam (memang ler masa form one dah belaja kat sekolah, tetapi walaupun rami yg tahu masih ramai lagi yg tak buat)

Walau apapun...bukankah solat berjemaah itu lebih disukai ALLAH....itu lah yg paling penting sekalikan..

Semoga kita semua dapat belaja2 menunaikan solat jemaah di Masjid secara sempurna lima waktu..insyallah..

Banyak Pahalanya...
Bermula Niat di hati nak pergi masjid lagi malaikat dah tulis pahala, ambil wuduk dan bersugi lagi...dapat lagi pahala...bergerak ke masjid dapat pahala...setiap langkah menaikkan darjat,...bila nampak masjid kita berselawat pulak...dapat lagi pahala...masuk masjid sambil baca doa insyallah kita akan dirahmati...niat pulak iktikaf dan x lupa solat sunat...Nampak kan...banyaknya pahala bila pergi ke masjid..Di Masjidlah tempat mula2 turunnya Rahmat ilahi....

semoga Allah menerima amalan kita semua...dan menghadirkan rasa ikhlas dalam hati kita untuk beribadat...Amin...Ya Rabb...

Thursday, February 12, 2009

solat sunat gerhana bulan....

Sebenarnya aku stucked kat ofis ni..mencari satu dokumen...van qif dah nak maghrib woii...arghh...disebabkan aku dan tensen so aku pun bukak blog, baca blog, dan nak taip entry dalam blog sendiri..

...hehehe...cuma nak kongsi sedikit ilmu

Malam Isnin lepas sepatutnya ada 2nd Gash kat route baru...tapi hujan dari mencurah selebat2nya... ALLAH jua yg Maha Mengatur...Hujan pada Qadar atau sukatan yg telah ditetapkannya...

So kami duduk masjid tu sampai isyak...selepas solat isyak imam bangun, dia mengumumkan akan mengadakan solat gerhana bulan... subhanallah, ni first time dalam hidup aku buat solat sunat ni...

secara ringkasnya (sebab dah nak maghrib ni)...Solat sunat gerhana bulan dilakukan 2 rakaat dengan empat kali rukuk....jarang dibuatkan....oleh kerana imam memahami makmum ni ramai orang dah berumur dan aku perasan dah tua...so imam hanya membaca surah2 pendek sahaja...kalu nak ikut cara nabi, baginda membaca lebih kurang 20 surah dan solat tersebut dipanjangkan seolah2 kiamat benar2 hampir terjadi...

selepas solat sunat tersebut khutbah dibacakan...

antara point yg aku ingat, Kejadian gerhana bulan adalah antara tanda2 kebesaran ALLAH...ia juga mengingatkan kita saat berlakunya huru hara ketika kiamat akan terjadi...pada waktu itu bulan akan tidak bercahaya lagi...bulan dan matahari akan bersatu...Ya ALLAH...dahsyat kan bila kiamat terjadi...

semoga kita semua mengambil iktibar dengan peristiwa gerhana bulan atau matahari...insyallah...

masa perjalan pulang ke marhalah kami, brother tu cakap...asbab "keluar" sikit jer ALLAH dah tambahkan ilmu...alhamdulilah...

Monday, February 9, 2009

Pesanan Elders

Entry ini di copy dari http://azharjaafar313.blogspot.com/



Wednesday, February 04, 2009


Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
Tempat dan tujuan ijtimak;
KLIK SINI.(sila pergi blog azharjaafar)


Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.Jemaah Asar - Isyak Jemaah ini perlu dirombak semula
Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.


Perlu hadir malam markas. Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.


Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.

Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.


2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.

3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.

4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.

Untuk itu;
1. Buat kerja dakwah.
2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).

Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.



Nota TambahanSekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis. Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan. Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.

Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru. Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu. Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis. Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!

Friday, January 23, 2009

Gadis Berpurdah??

Seminggu dua ni gadis berpurdah berlegar-legar di kepala otak ni...Gadis berpurdah...memang mereka ni lain daripada yang lain...Ada yg gelar niqab, ada yg sebut matsurat...



Kisah satu...

Seorang abang bertanya kepada adiknya bila nak berkahwin...soalan rutin yang biasa akan disoalkan kepada sesiapa sahaja yang dikategorikan sudah sampai usia sesuai mendirikan masjid...aku nak kahwin ngan orang pakai purdah, jawab adiknya dengan selamba sambil tergelak2...terkedu si abang dan kakaknya....



Moral of the story: Realitinya sesuatu yang pelik bila orang melayu pakai purdah...dan lagi pelik bila tengok lelaki buat dakwah cara nabi-nabi ulul azmi (credit to hamka's entry)...



Kisah dua...

Beberapa tahun lepas aku terbaca paper mengenai seorang peserta program PLKN...si remaja ni unik, dia menyertai semua aktiviti PLKN yang lasak tu....daripada A sampai lah Z...komandor Kem, berkata dia ni x de apa2 masalah dan memberikan sepenuh kerja sama...apa yang uniknya dia sentiasa memakai purdah sepanjang aktiviti dijalankan...



Moral of the story: berpurdah tidak menghalang anda menyertai aktiviti lasak...masa zaman kuliah dulu...muslimat pergi demonstrasi pakai purdah...aktiviti lasak gak tu....huhuhu



Kisah Tiga...

Suatu pagi, ketika bersarapan bersama kengkawan2 di cafe di tempat kerja...si lelaki A menceritakan tentang perihal wanita yg berpurdah...lelaki B mencelah, jangan tetipu dengan penampilan mereka katanya, dia dah dengar banyak kes yg dibawa oleh wanita yg berpurdah...tut, tut, tut....(ayatnya terpaksa disensor)...(lelaki B dari luaran nampak warak)

Moral of the story: bukan semua orang perfect macam malaikat...bukan kah bersangka baik itu lebih mulia...ohhh

Kisah Benar...

Aku pernah baca buku yang ditulis oleh pelajar kita di timur tengah, tajuk buku tu dah lupa, tapi kalu x silap...tempat2 bersejarah di madinah...credit on them...forgive me please, i cant remember the author...

Dalam satu kisah dalam buku tu diceritakan...Aisyah (R.A.H) apabila menziarahi bilik Makam Nabi Muhammad S.A.W, dia akan membuka purdahnya, apabila Ayahandanya Abu Bakar As- siddik (R.A) disemayamkan di sisi Nabi yang mulia itu, Aisyah (R.A.H) masih membuka purdahnya apabila menziarahi pusara mereka....selang beberapa ketika apabila khalifah yang kedua, yakni Umar Al-Khatab (R.A) turut dipusarakan di dalam kawasan makam tersebut, Aishah (R.A.H) kekal memakai purdah apabila menziarahi pusara para kekasih ALLAH ini, Ya Allah tingginya akhlak isteri nabi ni....in deed, no doubt...

info tambahan: dikhabarkan dalam bilik makam rasullulah tersebut terdapat lagi satu ruang untuk bersemayam...ruang ini ditinggalkan untuk pemusaraan Nabi Isa Alaihi Salam....Wallahulam....

Pesanan: sila tutup dengan tasbih kaffarah..

Sunday, January 4, 2009

pandainyee...

Salam,

kelmarin aku balik kg...meredah hujan sepanjang perjalanan yg bermula dari KL lg...perjalanan tiga jam..rindu kat mak bapak...damai dapat mencium tangan mereka...alhamdulilah parents aku masih sihat walafiat walaupun dah lanjut usia...

ketika malam hari tu...aku membelek surat khabar Sinar yg bertarikh 30 disember 2008...lelaki macam biasa akan mula baca paper dari muka surat belakang...bola, EPL...what ever...

setelah menyelak beberapa helai muka surat, tiba-tiba ada satu page tu menarik perhatian aku..title dia lebih kurang macam ni "Anak-Anak Seni Yang Telah Pergi Meninggalkan kita Semua pada Tahun 2008"

Antara gambar yg aku sempat ingat adalah Allahyarhamah Yusni Jaafar, Allahyarham Loloq, Mahmud (pemegang watak Hang Jebat), seorang pelakon drama lelaki (lupa nama dia)...dan beberapa orang lagi anak seni...semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka semua yang telah pergi...kelak kita juga akan menyusul...ohhhh

Dalam banyak-banyak gambar tu, mata aku tertumpu pada satu nama, Allahyarham Fendi (A to Z)...itik gembo2, oo iyo ko...nama sebenarnya Affendey Zainon, dia meninggal pada bulan april 2008 ketika berusia 39 tahun....

diceritakan dia meninggalkan kumpulan A to Z ketika kumpulan tu tengah berada di puncak pada pertengahan tahun 90an...setelah itu dia telah menyertai kumpulan dakwah...sebelum kematiannya dia pernah berimpian untuk membuka sebuah pondok di langkawi sebagai satu usaha dakwah, dan dia dah pergi meninjau tapak pondok tu di langkawi...

Apa yg ingin aku sampaikan di sini ialah, bila baca paper ni, tiba2 aku teringat suatu hadis yg marhumnya... "siapakah orang yang paling cerdik?" " orang yang paling cerdik ialah dia mengingati mati dan berusaha menghadapi kematian"....

Ni aku marah kat diri sendiri...kenapa aku selalu lalai megingati mati dan kurang membuat persediaan..asyik main2 jer...heh...

alahai bestnya ko fendi...semoga Allah menerima amalan kita semua...Aminnn...semoga Allah ampuni dosa kita semua...

teringat kata seorang pak cik..."Kita semua ni ibarat pokok kelapa, buah kelapa yang tua gugur, yang muda pun gugur, malahan bunga kelapa pun gugur"...syahdunya aku mendengar ayat tu...

Ya ALLAH masukkan kami semua dalam golongan yang....pandainyeee...

wasalam

Thursday, January 1, 2009

part 2....zaman kanak kanak

Salam,...dah lama aku tak menulis...kesibukan dan ketensenan kerja pejabat membuat otak menjadi beku untuk menaip...arghh..Ya ALLAH janganlah ko uji aku dengan ujian yg x mampu aku lalui..

Antara peringkat hidup aku yang paling best ialah zaman kanak-kanak..jadi budak kampung memang menyeronokkan...

aktiviti wajib...sudah tentu pergi mandi sungai...x kisah ler dengan kebenaran mak bapak @ pun pergi curi2 mandi sungai...huhuhu..pengalaman paling best ialah buat rakit buluh dan menghiliri sungai mengikuti aliran air sungai yang tenang tu...kira adventure jugak ler sebab kene melepasi pokok tumbang, melalui lubuk yg dalam..dan macam2 lagi...aku berharap sungai di kampung tu masih terpelihara dan tidak tercemar oleh sebab pembangunan...

melastik burung itu pun aku ada ikut kawan2 aku...aku ni memang x pandai melastik..sekor burung pun x pernah dapat..

Pada zaman kanak2 ni la, macam kanak2 lain aku belajar mengaji..ada dua tiga guru mengaji..termasuk lah dengan bapak sendiri...semoga apabila setiap kali aku membaca al-quran yg suci tu, korang juga dapat saham pahala di akhirat..insyallah..